CYBERJAYA, 2 Mei 2025 – Monsta, penerbit tersohor di sebalik kejayaan filem animasi pecah panggung BoBoiBoy dan Mechamato dengan kerjasama Astro Shaw, kini secara rasmi melancarkan teaser bagi francais filem animasi keempat mereka yang dinanti-nantikan: Papa Zola The Movie. Teaser ini telah mencatat kejayaan luar biasa dengan meraih lebih 2 juta tontonan di seluruh platform digital dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas dilancarkan. Read more →
Category: Hiburan
(HIBURAN) MONSTA & ASTRO SHAW LANCAR FILEM TERBARU: PAPA ZOLA THE MOVIE
(HIBURAN) IDEA LIVE ARENA TINGKATKAN DAYA TARIKAN PETALING JAYA SEBAGAI HAB HIBURAN DAN PELANCONGAN SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
PETALING JAYA, 27 April 2025 – Idea Live Arena, arena tertutup terbesar di Malaysia yang terletak dalam pusat beli-belah dan kedua terbesar secara keseluruhan di negara ini, hari ini secara rasmi membuka tirainya di 3 Damansara. Majlis pelancaran yang penuh berprestij ini disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), Tan Mei Phing, dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, selain kehadiran ramai pemain industri, tetamu kehormat dan peminat hiburan. Read more →
(HIBURAN) BERMULANYA ‘ASTRO SHAW CINEMATIC UNIVERSE’ : KELUANG MAN MENGAKTIFKAN PENGALAMAN PERTAMA SUPERHERO MALAYSIA MELANGKAUI LAYAR
23 April 2025, Kuala Lumpur – Filem aksi superhero Malaysia yang paling dinanti-nantikan, ‘Keluang Man’, kini bersedia menggegarkan pawagam seluruh negara bermula 29 Mei 2025! Diterbitkan oleh Astro Shaw, Keluang Man menandakan permulaan bagi Astro Shaw Cinematic Universe. Hari ini, treler rasmi telah dilancarkan, diikuti dengan pelancaran poster rasmi serta pengumuman kempen inisiatif strategik yang komprehensif yang direka untuk pengalaman penonton dan memperkukuhkan kehadiran filem ini di pawagam. Langkah berani ini menyaksikan Keluang Man membawa pengalaman superhero Malaysia melangkaui layar perak dan seterusnya mengukuhkan lagi potensi filem ini untuk melakar fenomena tersendiri dalam budaya pop tempatan. Read more →
(HIBURAN) MUSICA FEST : SATU PESTA LIMA PEMUZIK BERBEZA GENRE, SUASANA
21 April 2025, Kuala Lumpur – Menamakan keraian sebagai Musica Fest pada penganjuran ini adalah sebuah pilihan tepat daripada Shiraz Projects dengan kolaborasi Musica. Hal ini lantaran, musica yang mencakupi unsur-unsur irama dan rentak berbeza akan dibawakan oleh barisan artis serta pemuzik yang terlibat dengan Musica Fest. Read more →
(HIBURAN) GABUNGAN THRILLER, SERAM, AKSI DAN ELEMEN SUPERHERO, ‘QODRAT 2’ TONJOLKAN PERTARUNGAN LEBIH DAHSYAT
16 April 2025, Kuala Lumpur – Selepas melakar kejayaan di Indonesia, kini perjuangan Qodrat 2 bakal disaksikan oleh penonton Malaysia di pawagam seluruh negara bermula 17 April ini menerusi kerjasama dengan Astro Shaw. Read more →
