Category: Semasa

(SEMASA) KFC HOT BOX – semuanya dalam satu hidangan

IMG_9690

KFC Malaysia telah melancarkan inovasi terbaru dan terkini mereka – KFC HOT BOX terbaru yang lebih besar dan hebat. Penambahan kentang rangup dan sos Jalapeno menambahkan lagi keunikannya. KFC HOT BOX ini memberi peluang kepada pelanggan memilih satu daripada empar burger KFC kegemaran ramai iaitu Zinger, Cheezy Zinger, Colonel Burger dan Colonel Fish Burger. Ia disertakan seketul ayam (original atau hot and spicy) , kepingan kentang rangup dan sos keju Jalapeno disamping air berkarbonat. Hadir sama dipelancaran KFC HOT BOX ini ialah Datuk Ahmad Zaki Zahid yang merupakan Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd yang berkeyakinan produk KFC HOT BOX ini bakal menjadi hidangan pilihan ramai terutamanya kepada golongan sasar  iaitu generasi muda. Untuk mencapai sasaran jualan yang ditetapkan, strategi pengiklanan dan promosi dipertingkatkan menerusi medium pengiklanan yang pelbagai seperti TV, Radio dan akhbar serta melalui bahan-bahan pusat jualan dan menerusi media online, e-news, facebook dan twitter. Promosi jualan KFC HOT BOX akan berlangsung selama 2 bulan bermula 10 September hingga 21 Oktober 2013 sementara stok masih ada. Read more →

(SEMASA) MEDIA PRIMA raikan ulangtahun Malaysia ke-50 menerusi kempen ‘Saya Sayang Malaysia’

IMG_9592Bersempena dengan sambutan Hari Merdeka ke-56 dan juga ulang tahun penubuhan Malaysia ke 50, Media Prima menyemarakkan lagi semangat patriotik rakyat Malaysia menerusi kempen #MySyg yang membawa tagline ‘Saya Sayang Malaysia” dengan paparan istimewa dalam program-program khas TV dan radio dikesemua saluran Media Prima. Kempen ini telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama , Selangor. Read more →

(SEMASA) Rumah Terbuka & Majlis Anugerah Lagu Melayu Paling Popular NEWAY KARAOKE 2013

IMG_3054

NEWAY Karaoke Box mengumumkan 12 lagu Melayu paling popular  yang diunggul lagu nyanyian Hafiz dan Adira, ‘Ombak Rindu’ di Anugerah Lagu Melayu Popular Neway 2013  baru-baru ini. “Pengunjung yang hadir gemar menyanyikan lagu ‘Ombak Rindu’ di mana lagu berkenaan dinyanyikan lebih 10,000 kali dalam tempoh 2012 hingga 2013.. Justeru ‘Ombak Rindu’ mendapat tempat pertama antara 11 buah lagu Melayu yang lain,” ujar Pengurus Pemasaran Neway, Aining Wong ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Anugerah Lagu Melayu Popular Neway 2013, Neway Karaoke Box di One Utama, Damansara baru-baru ini. Read more →

(SEMASA) NINETOLOGY MELANCARKAN CAWANGAN UTAMA TOUCH POINT DI PLAZA LOW YAT

IMG_9436

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 Malaysia, syarikat teknologi peranti mudah alih Asia Tenggara, Ninetology Malaysia dengan bangga mengumumkan pelancaran rasmi cawangan Touch Point utamanya di Plaza Low Yat. Cawangan utama Touch Point milik Ninetology ini menawarkan pengguna pengalaman titik pertemuan gaya hidup dan budaya hari ini serta peragaan produk dengan konsep yang unik. Read more →

(SEMASA) 10 FINALIS BAKAL BERSAING UNTUK MEREBUT GELARAN RATU RANIA

KYS_3701

Seiring dengan perkembangan industri seni tanahair yang semakin rancak membangun, pihak Astro Prima dengan kerjasama pihak penaja Safi Rania dengan berbesar hati membawakan sebuah program realiti terbaru untuk mencari ikon wanita moden masa kini khas untuk para penonton iaitu Ratu Rania yang bakal bersiaran pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam untuk dua episod yang pertama dan jam 9.30 malam untuk episod yang seterusnya bermula 4 September 2013 secara eksklusif di saluran 105.  Read more →