Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56, Astro membawakan yang terbaik menerusi kepelbagaian kandungan televisyen, online dan aktiviti menarik secara langsung bagi meningkatkan unsur positif dan kegembiraan. Aktiviti – aktiviti ini adalah kempen #gobeyond dan #UrMalaysianIsShowing dan juga pelancaran muzik video yang bertajuk “Excuse me Sir, your Malaysian is Showing’ Read more →
Category: Semasa
(SEMASA) Kumpulan BOBOI berkerjasama dengan Extra Moist Chocolate Cake (EMCC)
AFDLIN SHAUKI dan HARUN SALIM BACHIK yang lebih dikenali sebagai BOBOI telah mengembangkan sayap mereka dengan menjadi rakan kerjasama dengan produk kek terbaru di bawah jenama Boboi Extra Moist Chocolate Cake . Majlis pelancaran dan sidang media yang berlangsung di Ballroom, Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif EXTRA DELICIOUS Sdn Bhd iaitu Encik Mohd Zaki Bin Salleh bersama isteri beliau Puan Maliza Malik merangkap Pengurus Besar EXTRA DELICIOUS Sdn Bhd yang juga pemilik asal resepi produk kek Extra Moist Chocolate Cake (EMCC) tersebut. Pada majlis itu juga, telah berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian diantara Vision Works yang menguruskan kumpulan BOBOI dengan pihak EXTRA DELICIOUS Sdn Bhd. Di samping itu juga, majlis tersebut diadakan untuk membolehkan pihak EXTRA DELICIOUS Sdn Bhd memperkenalkan barisan ejen-ejen jualan persendirian dan juga pemilik stokis jualan EMCC seluruh negara kepada pihak media. Read more →
(SEMASA) ASUS memperkenalkan barisan inovasi gadjet terbaru
ASUS memperkenalkan secara rasmi barisan peranti terbaru mereka di Malaysia. ASUS memperkenalkan lima produk baru terdiri daripada Fonepad Note FHD 6, VivoBook S551 Series, Memo Pad HD 7, Padfone Infinity dan N550 Series. Pengarah Rantau ASUS Asia Tenggara bagi Kumpulan Perniagaan Sistem Rex Lee berkata, beliau yakin sasaran terbabit dapat dicapai berdasarkan prestasi terkini syarikat sebagai pengeluar jenama notebook nombor satu di pasaran tempatan. Menurutnya, pengenalan produk baru setiap tahun diharap dapat meningkatkan penguasaan keseluruhan syarikat dalam pasaran sekali gus mampu bersaing dengan beberapa jenama antarabangsa yang bertapak kukuh di negara ini. Harga pasaran bagi Asus Memo Pad HD7 RM649, Fonepad Note FHD6 (RM849), VivoBook S551 Series (RM3,499 dan RM2,799), N550 Series (RM3,699 dan RM2,999) manakala PadFone Infinity (RM2,699). Read more →
(SEMASA) PAPPARICH bersama anak-anak yatim Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA)
Bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, pihak PappaRich Group Sdn Bhd yang memiliki rangkaian perniagaan restoran PAPPARICH telah mengadakan majlis rumah terbuka bersama anak-anak anak yatim dan fakir miskin dari rumah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA). Seramai 30 kanak-kanak yang bertuah ini diraikan oleh pihak pengurusan dan kakitangan restoran PAPPARICH cawangan The Gardens , Mid Valley Kuala Lumpur. Mereka dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa restoran PAPPARICH dan dihiburkan dengan persembahan silap mata serta pemberian duit raya dan cenderahati dari pihak PAPPARICH. Di majlis ini juga pihak PappaRich Group Sdn Bhd yang diwakili oleh CEO mereka Mr. Law Teng How turut sama menyumbangkan sumbangan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pihak pengurusan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA). Read more →
(SEMASA) Twisties Traxxobeats – peluang rakyat Malaysia mencipta muzik remix
Twisties Traxxobeats menjemput rakyat Malaysia mencipta trek unik dalam cabaran muzik remix Pemenang berpeluang menghasilkan trek didalam studio dimana trek dan nama mereka akan disiarkan dalam iklan TV nasional “Cat on the Fly”. Sekali lagi, snek kegemaran ramai rakyat Malaysia, Twisties, membawa kelainan hebat kepada senario muzik tempatan! Twisties “Traxxobeats”, pertandingan yang dilancarkan baru-baru ini menawarkan orang ramai peluang menarik untuk mencipta muzik melalui platform unik, iaitu aplikasi Twisties “Traxxobeats”. Read more →





