(SEMASA) Rumah Terbuka & Majlis Anugerah Lagu Melayu Paling Popular NEWAY KARAOKE 2013

IMG_3054

NEWAY Karaoke Box mengumumkan 12 lagu Melayu paling popular  yang diunggul lagu nyanyian Hafiz dan Adira, ‘Ombak Rindu’ di Anugerah Lagu Melayu Popular Neway 2013  baru-baru ini. “Pengunjung yang hadir gemar menyanyikan lagu ‘Ombak Rindu’ di mana lagu berkenaan dinyanyikan lebih 10,000 kali dalam tempoh 2012 hingga 2013.. Justeru ‘Ombak Rindu’ mendapat tempat pertama antara 11 buah lagu Melayu yang lain,” ujar Pengurus Pemasaran Neway, Aining Wong ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Anugerah Lagu Melayu Popular Neway 2013, Neway Karaoke Box di One Utama, Damansara baru-baru ini.

Antara lagu-lagu Melayu lain yang turut tersenarai adalah Sayang (Shae), Teman Pengganti (Black & Malique), Andai Ku Bercinta Lagi (Mojo), Muara Hati (Hafiz), Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band), Putih-Putih Melati (ST12), Sahabat (Najwa Latif, Sleeq & Syamkamarul), Aku Suka Dia (Ainan Tasneem), Rembau Most Wanted (Waris), Cerita Dia (Drama Band) dan Sesaat Kau Datang (Ramlah Ram & Sleeq).

Majlis turut dimeriahkan oleh kehadiran barisan artis seperti Altimet, Aweera (Mojo), Ainan Tasneem, DJ Fuzz, Drama Band dan Ila Damia.

Menurut Aining, sejak Neway dibuka di Times Square pada tahun 2003, banyak pihak mempunyai persepsi yang pusat karaoke ini memberi fokus kepada pengunjung  berbangsa Cina malah tidak menyediakan banyak lagu-lagu Melayu.

“Kami ingin membuang tanggapan negatif tersebut  dengan menyediakan lebih banyak lagu-lagu Melayu dan mesra pengguna waima memudahkan pengunjung untuk memilih lagu. Kami ingin menjadikan Neway sebagai pusat karaoke 1Malaysia dan bukan hanya dikunjungi oleh kaum Cina sahaja,” jelas Aining.

kredit artikel : Fariza Saidin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *