(HIBURAN) A Great Big World Live in Malaysia 7 Ogos 2014

AGBWcrtopsmallgmo

Penyatuan makna muzik iaitu sebanyak mana nota, melodi dan irama boleh lakukan. Apabila ia mengenai chords yang tepat, sebuah album boleh mengubah perasaan, penampilan dan juga kehidupan. Penyanyi pop dan penulis lagu dari New York, A Great Big World yang dianggotai Ian Axel dan Chad Vaccarino menghayati ikatan berharga yang terjalin antara artis dan pendengar. Ini adalah kuasa yang membolehkan A Great Big World menyentuh jiwa penggemar mereka.

Sehubungan itu, The WonderLand+ dengan gembiranya mengumumkan penganjuran konsert sulung A Great Big World Live in Malaysia pada 7 Ogos 2014 bertempat di KL Live jam 8.30 malam. Jualan potongan harga untuk pembeli paling awal akan bermula Isnin ini, 30 Jun menerusi TicketPro. Harga tiket dijual mengikut beberapa kategori seperti Belian Awal (mulai 30 Jun hingga 30 Julai 2014), RM198 Great Zone [Lower Level (Centre)],  RM158 Big Zone [Lower Level] dan RM68 World Zone [Upper Level], manakala harga jualan biasa RM248 Great Zone [Lower Level (Centre)], RM198 Big Zone [Lower Level] dan  RM98 World Zone[Upper Level].

Dua penulis lagu, Vaccarino dan Axel pertama kali bertemu di bilik latihan kolej mereka di Universiti New York. Selepas melalui pelbagai peristiwa pahit getir, mereka akhirnya menubuhkan A Great Big World sekali gus menghasilkan sebuah album EP yang mengandungi enam buah lagu. Pembikinan album itu dibiayai oleh Kickstarter. Tanpa disangka, lagu nyanyian mereka “This Is The New Year” menjadi viral sehingga diberi peluang muncul dalam drama bersiri muzikal ‘Glee’ serta merakamkan album.

Pada penghujung 2013, ramai peminat yang mendengar single terbaru mereka berjudul “Say Something” memberi reaksi positif terhadap lagu itu. Selepas muncul dalam satu segmen program ‘Fox’s So you Think You Can Dance’, lagu itu semakin diminati dan mencecah jualan angka platinum. Petikan piano yang menggetarkan jiwa serta vokal memukau Axel itu berjaya menyentuh hati peminat seluruh dunia termasuk penyanyi hebat, Christina Aguilera.

“Kami menerima emel daripada Christina Aguilera yang seakan sebuah puisi dia bercerita mengenai lagu itu, “imbas Axel. “Dia kemudiannya memberitahu kami dia berminat untuk bekerja dengan kami dan kata-katanya itu membuatkan kami seakan tidak percaya dan teruja. Seminggu selepas itu, kami berada di Los Angeles dan merakamkan lagu bersamanya. Segala-galanya berlaku selepas itu, “ujar Vaccarino. ‘Situasi ini seperti sudah lama hidup walaupun baru beberapa bulan saja.”

A Great Big World pernah mengadakan persembahan bersama Christina Aguilera dalam program ‘The Voice’ dan lagu itu dengan pantas mendaki carta apabila berada di kedudukan nombor satu di iTunes. Fenomena yang sama berlaku apabila mereka mempamerkan persembahan hebat sewaktu malam kemuncak di ‘The American Music Award’s yang menyaksikan mereka mendapat tepukan gemuruh.  A Great Big World juga turut membuat penonton ‘The Victoria’s Secret Fashion Show’ terpana selain mereka yang menonton persembahan kumpulan itu sempena malam tahun baru yang juga dijayakan Maroon 5.

Album A Great Big World turut memuatkan lagu hebat seperti “Rockstar”, “I Really Want It”, “Already Home” di mana melodinya mengandungi petikan piano yang beralun serta chorus yang menaikan semangat, ceria dan memberi inspirasi. Ia juga sarat dengan mesej positif seperti yang dirumuskan Vaccarino “Tiada sebarang jurang pemisah sesama manusia. Kita semua adakah sebahagian daripada integrasi dunia yang luas ini.”

Tidak syak lagi, band baru paling berjaya 2014 ini ada banyak yang ingin dikongsi pada 7 Ogos depan. Album sulung mereka “Is There Anybody Out There” terbitan Sony Music telah pun berada di pasaran. Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari www.ticketpro.com.my atau hubungi +603 78807999. Untuk maklumat terkini mengenai persembahan mengikuti laman Facebook The WonderLand+ iaitu www.facebook.com/TheWonderLandPlus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *