(HIBURAN) NIDJI – “King of Soundtrack”

 securedownloadgmo

Nidji adalah sebuah kumpulan yang berasal dari Jakarta yang telah ditubuhkan pada tahun 2002. Nidji terdiri daripada 6 pemuda iaitu Giring (vokalis), Andro (pemain bass), Randy (pemain keyboard), Rama (pemain gitar), Ariel (pemain gitar), dan Adri (pemain dram). Populariti Nidji di Malaysia tidak dapat disangkal lagi dimana terdapat banyak lagu yang menjadi kegilaan para peminat di Malaysia, diantara lagu lagu yang mendapat tempat di hati peminat adalah seperti lagu ”Sudah”, “Hapus Aku”, “Laskar Pelangi” dan “Biarlah”.

Selain terkenal sebagai band yang sering menguasai carta radio dengan lagu hit mereka, Nidji juga terkenal dengan penyampaian lagu-lagu tema untuk filem. Filem seperti ‘Laskar Pelangi’, ‘Sang Pencerah’ dan ‘5 Cm’ merupakan antara filem-filem yang berjaya dan melibatkan Nidji sendiri. Dan kesemua lagu tema hasil komposisi Nidji juga berjaya menduduki di tangga teratas di kebanyakan stesen radio sehingga membantu menaikkan populariti filem tersebut.

Ini membuatkan Nidji sering kali ditawarkan untuk menghasilkan lagu tema untuk beberapa filem lagi. Dalam masa setahun, hampir 2 hingga 3 filem yang menawarkan Nidji untuk bekerjasama untuk menghasilkan lagu. Namun, Nidji berasa bahawa mereka harus melakukan sedikit pemilihan dalam memilih filem yang tertentu untuk menghasilkan lagu.

Selain dari itu, Nidji juga telah diberi kepercayaan untuk membuat lagu tema yang bertajuk ‘Sumpah Dan Cinta Matiku’ bagi filem “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” iaitu salah satu produksi filem terbesar dalam sejarah Indonesia. Ia merupakan sebuah filem dari novel lagenda hasil karya Buya Hamka. Novel yang sudah berulang kali dicetak ini telah menarik minat kumpulan Nidji untuk bekerjasama dengan lebih serius. Filem “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” ini telah mendapat kutipan box office dan lagu ‘Sumpah Dan Cinta Matiku’ telah mengangkat Nidji ke satu era yang lain dan mengukuhkan lagi empayar mereka.

Lagu ‘Sumpah & Cinta Matiku’benar-benar diinspirasikan berdasarkan kisah cinta yang terkandung di dalam cerita ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’. Ia tidak mengambil masa yang panjang untuk menghasilkan lagu ini. Cabaran yang terbesar untuk menghasilkan lagu ‘Sumpah & Cinta Matiku’ ini adalah untuk memastikan kemasan lagu ini kedengaran lebih megah dan Nidji tidak mahu lari dari konsep Pop British yang sering dibawa oleh mereka selama ini.

Nidji  telah menyiapkan 4 buah lagu untuk lagu tema ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’ seperti ‘Sumpah dan Cinta Matiku’, ‘Teroesir (Menunggu Karma)’, ‘Hidup Tanpa Cintamu’ dan ‘Nelangsa’. Ariel sang gitaris Nidji berperanan sebagai produser untuk keempat empat lagu ini dan Nidji juga telah mengajak sahabat mereka dari Negara Inggeris iaitu, Jason O’Bryan yang berperanan untuk mengawal proses rakaman untuk keempat empat lagu tersebut. Lagu ‘Teroesir (Menunggu Karma)’ juga sedang meningkat naik di radio radio tempatan Malaysia. Lagu ini dihasilkan sendiri oleh Nidji dan ia mengisahkan tentang perasaan sedih dan geram apabila terputusnya sesebuah hubungan itu kerana bersikap curang. Di dalam meratapi kesedihan itu, mereka memohon keampunan di atas niat dan doa yang dipanjatkan dengan mengharapkan karma.

Nidji yang berada di Malaysia dari 17hb Jun hingga 21hb Jun ini sibuk dengan rangka promosi album terbaru mereka yang berjudul “King of Soundtrack”. Lagu ‘Sumpah Dan Cinta Matiku’ dan ‘Teroesir (Menunggu Karma)’ juga telah dimuatkan di dalam album tersebut. Album “King of Soundtrack” ini merupakan himpunan lagu-lagu tema yang hit dihasilkan oleh Nidji untuk beberapa buah filem di Indonesia seperti ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’, ‘5cm’, ‘Laskar Pelangi’ dan ‘Sang Pencerah’.

Album “King of Soundtrack” oleh Nidji ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) SDN BHD.

Ini merupakan senarai lagu yang berada di dalam album “King of Soundtrack”.

 

  1. Sumpah dan Cinta Matiku
  2. Teroesir (Menunggu Karma)
  3. Diatas Awan
  4. Rahasia Hati
  5. Hidup Tanpa Cintamu
  6. Heaven
  7. Nelangsa
  8. Tuhan Maha Cinta
  9. 5 cm
  10. Shadow
  11. Takkan Pernah Mati
  12. Laskar Pelangi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *