(HIBURAN) ABANG LONG FADIL 2 KEMBALI GEGARKAN PAWAGAM SELURUH TANAH AIR PADA 24 OGOS INI

Kuala Lumpur, 10 Ogos 2017- Filem Abang Long Fadil pernah mencetuskan fenomenanya tersendiri pada tahun 2014. Selepas 3 tahun, kini filem tersebut kembali dengan sekuel berjudul Abang Long Fadil 2 (ALF2) yang lebih padat dengan aksi dan jalan cerita yang lebih mendebarkan!

Meskipun naratifnya masih tidak lari daripada berpusat kepada dunia gelap gangster, namun ALF2 menampilkan plot penceritaan yang baru dan lebih segar serta digerakkan dengan watak-watak baru. Walau bagaimanapun tonggak utamanya, iaitu watak Fadil lakonan Zizan Razak masih dikekalkan dalam sekuel ini.

Masih menggunakan sentuhan pengarah dari filem pertama ALF iaitu Syafiq Yusof, ternyata ALF2 menyaksikan kematangan beliau dalam dunia pengarahan dan penceritaan. Malah, beliau berjaya menghasilkan sebuah filem di luar kotak, di mana setiap adegan yang disampaikan di luar jangkaa penonton. Lebih menarik, babak aksi yang dihasilkan bukan sebarangan kerana beliau lebih member fokus kepada lawan ‘one to one’ dengan efek yang unik.

Filem yang sarat dengan aksi komedi ini menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Zizan Raza Syamsul Yusof, Dato’ AC Mizal, Wak Doyok, Achey (Bocey), Shuib (Sepahtu), Tania Hudson, A Galak, M Khan dan ramai lagi. Perkembangan setiap watak yang cuba ditonjolkan juga bergerak selari dengan jalan cerita

Selain itu, filem ini turut mengangkat lagu berjudul Senorita’ yang berentak ‘up beat’ nyanyian Syamsul Yusof, Dato AC Mizal dan Shuib Sepahtu sebagai lagu tema filem ALF2. Lagu ini dihasilkan oleh gabungan tenaga-tenaga kreatif seperti Syamsul Yusof (komposer lagu), Syamsul Yusof & Anwar Faizal (lirik lagu) Wan Saleh (Gubahan/Susunan Muzik) dan Hafiz Harmidun (Produced]. Menariknya, muzik video ini telah ditonton di Youtube sebanyak 500 ribu tontonan dalarn tempoh satu minggu. Manakala lagu tena Kaki Licik hasil Komposer Sabbala Daney on the beat dan link oleh Amzar Viral Dan Adik Viral dinyanyikan oleh Zizan Razak.

Filem yang akan menemui penonton di layar perak pada 24 Ogos 2017 ini pasti akan memberi cabaran baru buat pihak pihak yang terlibat dalarn menjayakan filem ALF2. Apatah lag, buat julung kalinya, dua produksi filem terkemuka tanah air iaitu Astro Shaw dan Skop Productions bekerjasama dalammenerbitkan filem aksi komedi ini.  Astro Shaw sebelum ini pernah menerbitkan filem-filem box office seperti Polis Evo, The Journey, OlaBola, Ombak Rindu. Tidak kurang hebatnya, Skop Productions juga telah menerbitkan filen pecah panggung seperti Munafik, KL Gangster, Khurafat, Sembilu 2, Evolusi KL Drift, Maria Mariana dan banyak lagi. Pastinya, ramai yang mengharapkan kerjasama ini memberi satu impak yang berbeza. Bahkan pihak penerbit juga berharap filem ALF2 dapat merancakkan kembali industry perfileman tahun ini yang semakin merundum

Sementara itu, Penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam menyifatkan kerjasama ini terjalin bagi usaha untuk meningkatkan kualiti filem tempatan. “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan penerbit Astro Shaw. Harapan kami agar hubungan baik ini berterusan bagi tahun-tahun yang akan dating untuk kepentingan perkembangan industri perfileman Malaysia. Kami juga menjangkakan ALF2 mampu menjadi perubahan arus perfileman negara dalam memenuhi selera penonton generasi baru.

Menurut Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, “Jenama Skop Productions cukup dikenali dalarm industry perfileman menerusi kejayaan filem-filem box office terbitannya. Kini tiba masanya untuk kami bergabung tenaga dalam projek ALF2 dan berusaha membawa filem ini ke satu level yang lebih tinggi. Kerjasama ini ternyata memberi cabaran kepada pihak kami untuk menghasilkan sebuah filem yang berkualiti dan memenuhi citarasa penonton filem tempatan. Jika dilihat perjalanan industri perfileman tahun ini, ia tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya. Jadi, kami berharap agar filem ALF2 mampu melakar sejarah tersendiri dalam dunia perfileman tanah air.”

Pengarah filem ALF2, Syafiq Yusof berkata, “Saya berterima kasih pada Skop Productions dan Astro Shaw kerana memberi saya peluang untuk mengarah filem ALF2. Ini merupakan filem ke enam yang telah saya arahkan. Sebagai pengarah filem ini, saya juga ingin berterima kasih kepada krew krew dan juga semua yang telah membantu saya sehingga terhasilnya filem ini. Saya pasti mereka yang telah menonton filem ALF yang pertama pasti teruja untuk menyaksikan ALF2. Tarikh bagi tayangan di pawagam seluruh Malaysia bagi filem ini adalah pada 24 Ogos 2017. Saya juga berharap agar filem ALF2 akan mendapat sambutan yang menggalakkan dan semoga semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan.”

Nantikan filem ALF2 yang akan menemui para penonton di pawagam seluruh negara, mulai 24 Ogos 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *