(SEMASA) NUBEX LANCAR SYILING DIRHAM MERDEKA KE-60, HABIS TERJUAL DALAM MASA 30 MINIT

Spread the love

Petaling Jaya, 10 Ogos 2017 – Nubex Sdn Bhd, pengeluar dan pengedar sah jongkong emas, perak serta logam bernilai lain di Malaysia melancarkan syiling edisi khas Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-60 pada 7 Ogos lalu. Syiling dirham yang diperbuat dengan perak tulen 99.9% dengan berat 5.950 gram dihasilkan cuma 3000 keping untuk jualan menerusi platform atas talian www.nubex.my

Syiling Dirham edisi terhad ini menampilkan lakaran kombinasi Jalur Gemilang pada gelang syiling bahagian luar disulami cetakan 60 tahun kemerdekaan manakala lakaran syiling tengah mengandungi imej tugu negara. Menarik mengenai syiling ini, ianya adalah pertama kali diperkenalkan di dunia yang membolehkan kepingan syiling diceraikan kepada dua kepingan dengan setiap satunya (2.975 gram) boleh dijadikan koleksi bernilai untuk pelaburan.

“Nubex Sdn Bhd optimis untuk terus menjadi pelopor kepada produk keluaran logam bernilai edisi terhad di Malaysia. Berdasarkan sambutan kepada keluaran syiling khas sebelum ini, syiling dirham kemerdekaan ini juga habis terjual dalam masa kurang sejam,” menurut Bakhtiar Abd Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd.

“Pertama kali dihasilkan di dunia, dua kepingan dirham yang digabungkan dalam satu keluaran syiling menampilkan nilai eksklusif serta estetika tersendiri untuk pengumpul syiling tempatan. Tampilan ciri unik pada syiling edisi terhad yang dijual pada harga pasaran RM 29.00 (harga ahli RM26.00) bermula pada 7 Ogos lalu adalah hadiah istimewa bersempena ulangtahun Malaysia tahun ini,” ujar Mohd Fayzi Omar, Ketua Pegawai Kreatif Nubex Sdn Bhd.

Nubex Sdn Bhd yang ditubuhkan semenjak tahun 2009 sehingga kini adalah pelopor utama aktiviti pembuatan serta pengedaran logam bernilai emas, perak dan lain-lain secara sah di Malaysia. Nubex turut mengedarkan logam emas yang diimport dari luar negara untuk pasaran tempatan menerusi laman dagangnya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan syiling dinar emas dan dirham perak lain, layari laman atas talian www.nubex.my. Ikuti laman sosial Nubex di Facebook dan Instagram menerusi akaun @nubex_my untuk jualan produk terkini dan perkembangan semasa.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *