(HIBURAN) AirAsia dan Tune Group mempersembahkan LOOP Muzik Festival

Spread the love

KUALA LUMPUR, 27 Februari 2024 – AirAsia dan Tune Group mempersembahkan LOOP Music Festival, sebuah festival hiburan yang meraikan pelbagai genre muzik dan aktiviti menarik pada 11 Mei 2024 di Axiata Arena.
LOOP Music Festival menampilkan barisan artis dan penyanyi popular negara dari pelbagai genre seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Masdo, XPDC, Noraniza Idris dan ramai lagi.

Festival ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik oleh Tune Talk (perkhidmatan telekomunikasi prabayar) dan Tune Protect (pelan insurans komprehensif) di bawah Tune Group, hidangan enak oleh Santan dan pelbagai aktiviti menarik oleh AirAsia Ride serta peluang untuk memenangi tiket penerbangan oleh AirAsia. Selain penghibur yang mengungguli carta hingga artis baharu, festival ini menjanjikan pengalaman hiburan terbaik untuk semua.

Pengerusi Eksekutif Capital A, Datuk Kamarudin Meranun berkata: “Muzik sentiasa menjadi sumber inspirasi dan kebahagiaan saya. Ianya merentasi sempadan, menghubungkan kita, dan mempengaruhi emosi sama seperti apabila kita mengembara. Sebagai orang lama dalam industri muzik selama beberapa dekad, saya berbangga melihat AirAsia dan Tune Group mempersembahkan LOOP Music Festival. Ia bukan sekadar meraikan hiburan tetapi menghubungkan semua lapisan masyarakat. Festival ini membuktikan semangat inovasi dan kerjasama kedua-dua syarikat dan saya berharap untuk melihat anda semua di LOOP Music Festival 2024.”

Pengarah RJ Sales Sdn. Bhd dan Produser LOOP Muzik Festival, Rosix Omar berkata: “Muzik mampu mencipta kenangan berkekalan dan menghubungkan sesama kita dan LOOP Music Festival adalah bukti komitmen tersebut. Selain itu, festival ini bertujuan untuk meraikan dan menyokong bakat tempatan kerana merekalah tunjang industri muzik kita. Bersama-sama AirAsia dan Tune Group, kami bukan hanya menawarkan pelbagai genre untuk semua, malah mempromosikan jenama-jenama tempatan dan menyediakan platform kepada mereka untuk terus menyinar. Kami berharap peminat muzik di seluruh negara akan menyokong dan menghadiri festival luar biasa ini.”

Tiket untuk LOOP Music Festival 2024 kini tersedia untuk ditempah di Ticket2u.com dengan harga bermula RM168 hingga RM478 dengan pilihan tempat duduk atau zon berdiri.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *