(SEMASA) Nostalgia Sungkei Di Desa : Air Tangan Ibu Di Santapan Ummis Hijau Kasturi 

Spread the love

KUALA LUMPUR – Restoran dan syarikat katering tempatan, Santapan Ummis Hijau Kasturi berbesar hati untuk membawakan gabungan sajian desa dua negara istimewa untuk Ramadan 2024 akan datang. Meneruskan konsep bufet yang sudah menjadi identiti mereka, seleksi untuk Ramadan akan bermula pada 13 Mac 2024 hingga 8 April 2024. Bertemakan Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu lebih daripada 45 jenis makanan gabungan hidangan Malaysia dan Brunei bakal tersedia sepanjang Ramadan.

Menurut pemilik yang juga cef di restoran ini, Cef Haji Fauzi dan Cef Hajah Norziah, tema tersebut sengaja dipilih memandangkan sajian desa di Santapan Ummis Hijau Kasturi mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan pelanggan. Selain itu, berbekalkan pengalaman mereka terdahulu berkhidmat sebagai cef peribadi Istana Nurul Iman, pelbagai jenis sajian asal Bandar Seri Begawan akan turut disajikan. Jelas pasangan suami isteri ini lagi, mereka tidak menolak ada diantara sajian tersebut bakal menggamit memori pelanggan-pelanggan mereka.

Antara menu yang bakal disajikan adalah aneka masak lemak terdiri daripada Sup Berempah Daging Tetel Dengan Roti Benggali, Punten Dengan Sambal Hijau Ikan Bilis, Ayam Masak Sambal Bawang Merah Brunei, Paru Masak Sambal Hitam Brunei, Gulai Lemak Telur Itik Dengan Belimbing, Sambal Tumis Kampung Sotong Rendam, Telur Dadar Padang, Ikan Talapia Berlado, Ikan Kembung Bakar, Cencaru Sumbat Bakar, Mee Kari Nyonya dan banyak lagi.

Memenuhi permintaan pelanggan, kuih yang sedang tular, Punten juga akan berada di dalam senarai bufet kelak. Menariknya, Punten ini dilengkapi bersama Sambal Hijau Ikan Bilis yang menjadi kegemaran pelanggan Santapan Ummis Hijau Kasturi.

“Alhamdulillah, sambutan berbuka di restoran kami pada tahun lepas sangat memberangsangkan. Setiap hari dipenuhi dengan para pelanggan yang disayangi.

“Susulan itu, pada tahun ini kami memilih menu-menu desa kerana mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi daripada para pelanggan. Pakai sahaja apa yang ada untuk ke sini kerana yang pasti sajian ini akan menggamit memori” ujar Cef Hajah Norziah

Lebih menarik, konsep gerai diperkenalkan kali ini dengan hidangan panas iaitu pelbagai gorengan dan lockcing sate ikan asli Kelantan. Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang luas di tingkat bawah premis. Kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis.

Untuk promosi ‘early bird’ harga RM 50.00 nett untuk dewasa ditawarkan sehingga 12 Mac 2024. Harga normal akan dicaj sebanyak RM 59.90 nett untuk dewasa dan RM25.00 nett ditawarkan bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* serta warga emas berumur 60 tahun ke atas. Bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma.

Selain itu, buat mereka yang ingin mencuba pelbagai jenis sambal juga boleh dapatkan di Santapan Ummis Hijau Kasturi. Pelbagai jenis sambal tersedia seperti Sambal Hijau Ikan Bilis dan Sambal Daging.Berharga RM19.90 bagi 500gm, semua sambal-sambal ini sedia untuk dimakan dan boleh disajikan dengan aneka hidangan terutama di bulan Ramadan.

Untuk info, restoran ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dan perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.

Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan atau sebarang acara hubungi talian 03-40324383(pejabat),017-6534133(operasi) atau 011-23058511(pengeluaran/production).

*kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma

** Bayaran 100% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan

Waktu Operasi Bulan Ramadhan :
Setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam Waktu Operasi Harian :

Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang

Alamat : Ummis Hijau Kasturi
G3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul, 51200, Kuala Lumpur.

Facebook : https://www.facebook.com/ummis.hijaukasturi.9

Instagram : https://www.instagram.com/ummis_hijaukasturi/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *