(HIBURAN) AKASIA bakal mempersembahkan ‘Demi Dia’

Spread the love

DEMI DIA logo

Pepatah mengatakan restu keluarga amat penting dalam setiap jalinan cinta apatah lagi kearah membina mahligai bahagia.  Bagaimana pula jikalau cinta anak muda yang begitu mendalam tetapi mendapat tentangan hebat dari darah daging sendiri? Pelbagai halangan, onar dan dugaan dilalui namun keteguhan cinta suci dari dua hati tetap bertaut. 

demi diasmall

Menyusuli ‘Teduhan Kasih’, slot drama TV3, AKASIA bakal mempersembahkan sebuah karya hebat terbitan Ace Motion Sdn Bhd menerusi drama rantaian ‘Demi Dia’ bermula 3 Julai 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang.

Drama bersiri 24 episod nukilan skrip dan diarahkan oleh Aziz M Osman, menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zoey Rahman (Zack), Elfira Loy (Azura), Dynas Mokhtar (Wanda), Amar Baharin (Nazri), Usop Wilcha (Tan Sri Puteh), Erma Fatima (Mak Su), Kishmar Johar (Puan Saodah), Niena Baharun (Shiela), Leyla Krisya (Merry), Shasha Al-Khred (Fana), Geofrey Perrin William (Eddy), Kamal Kamaruddin (Amer), Salleh Ahmad (Dato’ Taha) dan Iellyas Fietrie (Azrul).

Zack merupakan seorang lelaki yang kaya namun tidak pandai berdikari. Perkahwinan Zack dengan Azura ditentang oleh Tan Sri Puteh (bapa Zack) kerana menganggap Zack tidak mampu menjadi khalifah dalam keluarga. Tan Sri Puteh terpaksa bersetuju namun dengan syarat Zack harus menghabiskan pelajarannya. Zack terpaksa akur. Atas arahan Tan Sri Puteh, Wanda (kakak tiri Zack) perlahan-lahan cuba memisahkan Zack dan Azura.

Wanda mengupah Shiela untuk menjadi dalang perpisahan Zack dan Azura. Percintaan mereka diduga. Zack kemalangan dan memorinya bersama Azura hilang. Azura cuba mengembalikan ingatan Zack namun campur tangan Wanda dan Shiela memusnahkan segalanya. Azura kehilangan Zack. Sikap Mak Su (ibu saudara Azura) yang terlalu obses dengan wang menyebabkan Mak Su hampir menghancurkan kebahagiaan anak saudaranya.

Berjayakah rancangan dajal Wanda itu? Dapatkah Tan Sri Puteh memisahkan Zack dan Azura?  Mungkinkah memori Zack bakal kembali dan segala rahsia akan terbongkar?  Bagaimana takdir cinta Zack bersama Azura? Saksikan drama bersiri baru, Demi Dia menerusi slot Akasia di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam mulai 3 Julai 2013, semestinya di TV3!

Penonton yang terlepas menyaksikan Demi Dia boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Layari www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *