(HIBURAN) “Teduhan Kasih” cipta sejarah

IMG_6388Disebabkan sambutan yang begitu menggalakan dan meriah terhadap drama bersiri “Teduhan Kasih’, pihak TV3 telah mengadakan tayangan khas tanpa henti episod akhir drama ini bertempat di RASTA , Sg. Penchala, Kuala Lumpur. Drama bersiri yang dilakonkan oleh Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Talha Harith, Julia Zieglar, Sharisha Chong dan diarahkan oleh Jamal Khan ini  telah mencipta sejarah sendiri apabila menjadi drama bersiri pilihan no 1 dengan catatan penonton tertinggi hampir 2.2 juta penonton (episod 20). 

teduhansmallSebagai tanda penghargaan, majlis ini memberi peluang kepada peminat tegar drama bersiri ini untuk menyaksikan kesudahan kemelut Ehsan dan Iffa disamping sesi beramah mesra dan autograf novel serta permainan yang menawarkan cenderahati daripada pihak TV3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *