(HIBURAN) ALYPH kembali dengan SWIPE

Spread the love

KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER 2022 — Sejak memeriahkan radar muzik bertahun-tahun yang lalu, penyanyi rap handalan Singapore ALYPH mempamerkan kematangan dan perkembangan dalam perspektifnya sekali gus menjadi terbaik dalam kalangan rakan seangkatan. Single terbarunya, ‘SWIPE’ disuntik elemen romantik dan yakin diri kini dilancarkan pula menerusi Def Jam Malaysia dan Singapura.

Sering dikaitkan dengan ramai nama besar dalam hip hop Asia Tenggara, ALYPH membuktikan bahawa corak pemikirannya tersendiri, tajam dan lantang memartabatkan hip hop Singapura ke tahap tertinggi. Baru-baru ini dia juga menang anugerah Young Songwriter of the Year anjuran Composers and Authors Society of Singapore (Compass) tahun ini. ALYPH muncul kembali dengan ‘SWIPE’ yang menyentuh aspek harga diri dan keyakinan pada era percintaan menerusi aplikasi dan terpencil sekarang.

Meskipun melodinya cukup pantas menangkap halwa telinga pendengar, ALYPH mengakui bukan tugas mudah melunaskannya: “Bukan senang nak jadi yakin setiap masa, jadi saya ingin hasilkan lagu yang mampu cetuskan rasa itu.”

Bagi memberi gambaran realistik mengenai hal itu, dia menjadikan seseorang sebagai rujukan yang cukup tepat dan tidak munafik berdekad lamanya. Yakni beliau adalah usahawan dan selebriti jutawan Datuk Seri Vida (DSV). Ramai tahu, beliau sering mendapat liputan, dan tidak pernah gagal menjentik khalayak untuk bercakap mengenainya.

“Saya inginkan seseorang yang langsung tak malu jadi dirinya dan pada masa sama, punyai luka silam serta kejayaan depan mata. Beliau sangat sempurna dengan karakter itu,” jelas ALYPH. Frasa pernah diucapkan DSV juga menjadi pembuka lagu terbabit dan bertepatan dengan alur semangatnya. “Asalkan kamu ada hala tuju, apa nak kisah?”

Muzik video lagu berkenaan juga sekali gus cukup menarik, mendapat sentuhan pengarah kreatif dan pejuang kebudayaan Shahrin Bahar yang sebelum ini pernah berkhidmat dengan ramai rakan hip hop seangkatan ALYPH. Keluar dari kepompong lebih suka bekerja sendiri, ALYPH perlu akur untuk berikan laluan kepada Shahrin berkarya ikut kreativitinya.

Menurut Shahrin, muzik video itu diinspirasikan daripada visi dan pesona ALYPH menerusi warna-warna terang, kata kunci yang padu, suntingan pantas, dan kejutan lain, agar lebih menghiburkan untuk tontonan peminat. “SWIPE adalah sebuah platform untuk ALYPH menonjoikan dirinya sebagai artis prolifik, pamer elemen yang sinonim dengan visi dan pesonanya,” kata Shahrin.

“Saya sudah terbiasa selalu mahu uruskan segalanya sendiri tapi kali ini ada idea yang tidak menjadi dan lain-lain,” akui ALYPH. “Itulah sebab saya belajar bekerja dengan sebuah pasukan besar untuk pastikan semua sepakat, termasuk DSV. Memang ia agak mencabar, namun sangat berbaloi.”

SWIPE kini boleh dinikmati menerusi semua platform digital, manakala muzik videonya boleh ditonton di Youtube.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *