(HIBURAN) AMBOI – ALTIMET BIKIN HAL LAGI

Spread the love

altimet_amboi-single-cover3000px27 November 2016, Kuala Lumpur – Hanya selepas lima hari melancarkan single dan muzik video berjudul SERU, Altimet membuat kejutan lagu dengan mengumumkan sebuah single yang bakal menyusul dari album berjudul AMBOI.

AMBOI merupakan salah satu lagu yang mempengaruhi jenama Altimet sebagai rapper yang berjaya dalam bidangnya dengan mengekalkan keaslian hip hop lama. Rentak lagu dan susunan lirik yang senang menambat telinga pendengar, penuh kisah tentang realiti kehidupan sebagai rakyat Malaysia masa kini.

Lagu ini mendapat sentuhan komposisi dan produksi oleh Navigator, lirik pula sudah pasti oleh Altimet, AMBOI banyak menyentuh tentang isu-isu sosial yang sering dibangkitkan bersama gaya lirik yang mudah untuk difahami dan diikuti pula dengan chorus berkonsepkan dikir barat yang popular di pantai timur tanahair.

Muzik video berkonsepkan animasi – kolaj yang pasti akan mencuit hati penonton, ditambah pula penampilan rakan-rakan seperjuangan lain di dalam video ini seperti Joe Flizzow, SonaOne, Ucopppp dan Syuk SYJ. Azwan Ali juga tidak ketinggalan untuk turut serta. Siapa yang tidak tahu gaya “Amboi Amboi Amboi” oleh beliau yang popular suatu masa dahulu.

Muzik video AMBOI diarahkan oleh Sharizal Abd. Halim serta mendapat sentuhan grafik dan animasi oleh Zulhelmi Zainuddin & Azarikh Amran. Produksi pula dikendalikan oleh Fluid.

AMBOI yang juga merupakan nama album Altimet telah dilancarkan pada hari yang sama sempena dengan perlancaran single ini.

Bagi pembelian online, AMBOI boleh didapati di iTunes dan Spotify. Saksikan muzik video AMBOI di laman sesawang rasmi Altimet – www.altimet.com.my

dsc_0039TENTANG ALTIMET

Altimet seorang perintis dalam dunia hip-hop, penyanyi dan penghibur dari Kuala Lumpur, Malaysia. Suara beliau yang unik dan “flow” yang pasti mudah dikenali diiringi lirik lagunya yang kadangkala “pedas” berjaya menambat hati ramai pendengar di luar sana dari segenap lapis usia, darjat dan bangsa. Album sulung beliau, “Kotarayaku” menempa sejarah apabila lagu “Kalau Aku Kaya” memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu ke-28.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *