(SEMASA) Sambutan 30 tahun HABIB di Kuala Lumpur

edf

KUALA LUMPUR, 27 November 2010 – Beherapa dekad yang lalu telah memberikan bcribu-ribu kenangan mania sepanjang perjalanan ini yang penuh dengan rekaan yang indah serta perhubungan yang baik bersama pelanggan. Bermula dengan sebuah peniagaan keluarga, kini HABIB berkembang maju, Hari ini kcdai barang kemas terkemuka di Malaysia, HABIB meraikan ulangtahun keberadaanya di Kuala Lumpur selama 30 tahun di Semua House setelah penubuhan bilik pameran pertamanya di Pulau Pinang pada tahun 1958.

cof

1986 membuka lembaran baru buat HABIB apabila pembukaan bilik pameran yang ke-2 HABlB di bilik pameran Semua House. Hasil cetusan idea dari En. Meer (dahulunya dikenali), merupakan anak lelaki kepada pengasas HABIB iaitu Dato’ Hj Habib Mohamed Abdul Latif, ini membuahkan hasil apabila mendapat penerimaan yang terbaik daripada para pelanggan HABIB.

edf

Selama 30 tahun ini, kejayaan yang dikecapi hasil oleh HABIB adalah hasil bimbingan daripada Dato’ Sri Meer Habib sebagai Pengarah Urusan. Dengan latar belakang sebagai gemologist daripada Gemological Institute of America dan ijazah dalam bidang perniagaan di Universiti Wichita, Dato’ Sri Meer berjaya memhawa HABIB ke arena yang lebih besar.

cof

Menurut Dato’ Sri Meer, “Sctelah pulang ke tanah air pada Januari 1986, saya berhasrat untuk mengembangkan perniagaan ini di Kuala Lumpur dan pada bulan November kami membuka cawangan di Semua House. Pada detik pembukaan bilik pameran ini, saya percaya HABIB mempunyai kekuatan dalam bidang pemasaran dan ingin mcngembangkan perniagaan ini. Ada yang mengatakan ‘kejayaan adalah satu perjalanan dan bukan satu destinasi. Hari ini dengan ulang tahun ke-30 kami di Kuala Lumpur, dengan bangganya boleh dikatakan bahawa perjalanan kita telah kami kecapi adalah yang pertama dalam dunia barang kemas di Malaysia, bersama pelbagai pencapaian yang menarik dalam menghadapi pelbagai arus cabaran.”

edf

“Pada permulaan penubuhan HABIB di Kuala Lumpur, kami hanya mempunyai seramai lapan orang pekerja sahaja bagi membangunkan perniagaan ini. Pada ketika itu, HABIB merupakan satu-satunya perniagaan berlian dan batu permata yang memenuhi permintaan pelanggan melayu.” Jelas Dato’ Sri Meer. “Pada ulang tahun kali yang ke-30 ini, HABIB ingin meraikan bersama-sama insan yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan selama penubuhannya di Kuala Lumpur. Saya mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan jutaan terirna kasih buat para pekerja yang menjadi menjadi tulang belakang HABIB, para pekerja yang masih bcrsama dengan kami dan pelanggan yang masih setia bersama HABIB sejak tahun 1986 sehingga sekarang yang turut hadir pada majlis hari ini. Sokongan daripada pihak media yang tidak putus-putus menaikkan nama HABIB selama pembabitan HABIB di Kuala Lumpur amatlah dihargai.

dig

Sepanjang perjalanan 30 tahun ini, HABIB telah menempa nama di Malaysia. HABIB mcrupakan syarikat barang kemas pertama yang tersenarai dalam bursa saham Malaysia. Di samping itu, HABIB juga merupakan sebuah syarikat barang kemas pertama yang mcngeluarkan pengiklanan pada bas, menjadi syarikat pertama menjalan aktiviti jualan lelongan, dan juga syarikat barang kemas pertama yang muncul di radio bagi sesi temubual terbuka dan menjawab soalan para pendengar.

edf

edf

Tahniah Habib #habib30tahunKL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *