(HIBURAN) ANUGERAH JUARA LAGU KE-39 LEBIH GAH! AJL39 KEKALKAN 10 FINALIS, JANJIKAN PERSEMBAHAN LEBIH MENGUJAKAN

Spread the love

Petaling Jaya, 20 Januari 2024 – Perjalanan menuju Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) kini bermula secara rasminya! Sesi siaran langsung Mega Live AJL39 di TikTok TV3 Malaysia pada malam Sabtu lalu benar-benar mencuri tumpuan penonton dengan pelbagai pengumuman menarik. Dari tema AJL tahun ini, tarikh jualan tiket, gandingan hos baharu yang penuh kejutan, hingga penaja utama yang mantap, semuanya menjanjikan pengalaman luar biasa! Selain itu, aktiviti istimewa ‘Healing AJL’ bakal berlangsung pada hujung minggu ini, pasti memberikan pengalaman yang tidak boleh dilepaskan oleh para peminat setia.

AJL39 akan berlangsung pada 16 Februari 2025 (Ahad), bermula 9:00 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil. Acara berprestij ini, yang diketuai oleh Russell Mark Rodrigues selaku Pengurus Projek dan Jamil Bin Hassan selaku Penerbit Eksekutif, akan disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton, memberikan peluang kepada peminat karya muzik tanah air di seluruh negara untuk menyaksikan persembahan hebat daripada 10 finalis terpilih.

Pada tahun ini, AJL39 membawa tema, Nada Rasa yang mengangkat kekuatan muzik dalam menyampaikan emosi dan mesej yang mendalam melalui pelbagai jenis instrumen. Dengan tema ini, AJL39 bertujuan untuk menonjolkan bagaimana setiap nada dan getaran muzik mampu menyentuh hati pendengar, sekaligus mencipta pengalaman yang penuh dengan perasaan. Tema ini juga memberi ruang kepada setiap finalis untuk mempersembahkan karya mereka dengan cara yang lebih puitis dan beremosi, mencerminkan keunikan dan kekuatan muzik masing-masing.

AJL39 kali ini akan dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Imann sebagai hos utama, yang akan mengendalikan acara dengan gaya tersendiri dan dinamik. Gandingan mereka dijangka membawa kemeriahan dan energi yang luar biasa, memastikan setiap detik acara ini menghiburkan para penonton. Selain itu, bagi hos Karpet Merah, Fikry Ibrahim dan Malia Baby akan mengendalikan  segmen tersebut, memberikan sentuhan glamor dan kemewahan ketika menyambut para selebriti dan finalis.

Tiket untuk AJL39 telah pun mula dijual bermula 18 Januari 2025 dan boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web rasmi www.wowtix.com.my. Peminat yang ingin menyaksikan malam penuh kemeriahan ini di Axiata Arena, Bukit Jalil boleh mendapatkan tiket dengan mudah dan cepat, memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara berprestij ini.

Seperti yang kita ketahui, ramai yang telah membuat spekulasi mengenai penambahan dua finalis baharu di pentas AJL39. Namun, spekulasi tersebut akhirnya terjawab apabila diumumkan bahawa penambahan tersebut sebenarnya adalah untuk memperkenalkan JardinPeau sebagai penaja utama bagi AJL39. JardinPeau merupakan jenama penjagaan kulit terkemuka yang dimiliki oleh Skinville Solution Sdn. Bhd. Sebagai penaja utama, JardinPeau bakal menambahkan lagi keistimewaan dan kemewahan acara ini, menjadikannya lebih gah dan berprestij.

Lebih mengujakan, peminat juga berpeluang menikmati pengalaman Healing AJL39, sebuah siri digital di TikTok yang memaparkan persembahan akustik dan santai bersama kesemua 10 finalis AJL39. Selain itu, peminat juga boleh berjumpa dengan finalis kegemaran dalam sesi meet & greet yang pastinya penuh dengan kenangan. Jangan lepaskan peluang untuk membawa kerusi healing anda dan rasai pengalaman yang tidak ternilai pada 25 dan 26 Januari (Sabtu & Ahad) di Gua Juicery, Taman Botani Putrajaya, sebuah lokasi yang sempurna untuk menikmati suasana santai sambil mengenali dunia muzik AJL39 dengan lebih dekat.

Tunggu apa lagi? Kosongkan kalendar anda pada 16 Februari ini bagi menyaksikan AJL39! Dapatkan tiket anda dengan segera melalui laman web rasmi www.wowtix.com.my. Selain itu, jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @TV3Malaysia.

Penuhkan ruang social media dengan perbualan anda dengan menggunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *