KUALA LUMPUR, 20 JANUARI 2025 – Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur dengan bangganya mengumumkan pelancaran Santapan Nusantara Putra, sebuah bufet menyeluruh yang menghimpunkan warisan kulinari kaya dari Kepulauan Nusantara.
Direka untuk menyanjung tema kebersamaan dan kesyukuran, bufet ini menawarkan lebih daripada 100 hidangan yang menggabungkan citarasa tradisional Malaysia, rasa autentik Indonesia, serta kepelbagaian hidangan antarabangsa yang kreatif.
Dinobatkan sebagai Kuala Lumpur’s Best City Hotel oleh Luxury Lifestyle Awards 2024 dan tersenarai dalam top 396 of properties in the city oleh KAYAK Travel Awards 2024, Sunway Putra Hotel terus mentakrifkan semula pengalaman kulinari dengan penuh inovasi dan keaslian.
Tahun ini, kami dengan sukacitanya memperkenalkan Santapan Nusantara Putra sebagai satu perayaan kebersamaan melalui makanan. Bufet ini telah disusun rapi untuk menampilkan pelbagai rasa yang kebanyakannya dari Malaysia dan segelintir dari Indonesia, memberikan pengalaman makan malam yang benar-benar nikmat kepada para tetamu kami,” kata Encik Wilfred Yeo, Pengurus Besar Kanan Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.
“Di Sunway Putra Hotel, kami terus komited untuk mencipta momen bermakna yang merapatkan silaturahim, terutamanya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
Tetamu boleh memanfaatkan Promosi pembelian awal, dengan harga RM135 nett seorang untuk tempahan yang dibuat antara 5 hingga 25 Februari 2025. Bermula 26 Februari, harga biasa sebanyak RM159 nett seorang akan dikenakan.
Menambahkan keseronokan, hotel telah mengumumkan Peraduan Cabutan Bertuah, terbuka kepada tetamu yang membeli enam (6) atau lebih bufet dewasa dalam satu (1) resit antara 1 Mac hingga 23 Mac 2025. Hadiah termasuk baucar penginapan, makan dan banyak lagi.
Santapan Nusantara Putra tahun ini memperkenalkan lima (5) tema hidangan istimewa yang menjanjikan keunikan pengalaman makan malam. Gerai Kuali-Kawah menawarkan hidangan mantap seperti Kambing Bakar dan Gulai Daging Kawah, manakala Gerai Sate Beragam menyajikan pelbagai pilihan sate Indonesia termasuk Sate Maranggi Sapi asli Purwakarta, Sate Kambing Kecap dari kepulauan Madura, dan pilihan satay Malaysia lainnya.
Bagi peminat hidangan berkuah, Gerai Kuah-Kuahan menyediakan pilihan menyelerakan seperti Sup Tulang, Sup Bakso, Sup Sayur Asem dan pelbagai lagi. Menambah cita rasa Indonesia yang autentik, Gerai Kuliner Nusantara menampilkan hidangan istimewa seperti Daging Sapi Taliwang dari Nusa Tenggara Barat dan Tongseng Kambing dari Jawa Tengah.
Untuk mengakhiri malam dengan hidangan manis, bufet ini menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut, daripada kek yang mewah seperti Kek Marble dan Kek Pandan Gula Melaka kepada hidangan tradisional seperti Bubur Kacang Hijau, Bubur Pulut Hitam, dan Sago Pelangi Gula Aren.
[[ KERABU PELBAGAI RASA ]]
Kerabu Kacang Botol Kerisik, Kerabu Taugeh Kerisik Santan, Kerabu Betik Muda, Kerabu Mangga Bersama Limau Bali, Kerabu Kaki Ayam Pedas, Kerabu Perut Pedas, Kerabu Sotong Bunga Suhun, Kerabu Daging, Kerabu Telur Masin Bunga Kantan & Kerabu Telur Ikan Asam Limau
[[ ULAM-ULAMAN & SAMBAL ]]
Bendi, Jantung Pisang, Nangka, Kacang Panjang, Terung,Kobis, Kacang Bendi, Tomato, Daun Selom, Ulam Raja Pegaga, Sambal Belacan, Cincalok, Kicap Cili Bawang, Budu, Sambal Tempoyak Cili, Sambal Terasi & Sambal Ijo.
[[ PEMBUKA SELERA ]]
Rojak Buah-Buahan, Udang Sumbat Tauhu Bakar, Tauhu Goreng Salut Telur Masin & Sotong Kankung Petis Udang dengan Kacang Hancur
[[ SALAD ]]
Salad Iceberg dan Salad Campuran, Tomato, Timun, Bawang, Lobak Merah, Jagung Manis, Lada Benggala, Kubis & Kacang Hijau Sos Salad : Thousand Island, Vinaigrette, French Dressing, Honey Mustard & Asian House Dressing
[[ JERUK ]]
Isi Mangga, Kulit Mangga, Betik, Kedongdong, Sengkuang, Jambu Batu & Kelubi, Amra, Buah Pala & Cermai
[[ KEROPOK & IKAN MASIN ]]
Keropok Ikan, Keropok Udang, Papadom, Tiga Jenis Ikan Masin & Telur Masin
[[ PILIHAN SEAFOOD ]]
Udang, Kupang, Siput Buluh, Sotong, Ketam Bunga, Ikan Perch Air Asam, Sambal Cili Kicap, Sos Cili Thai, Sambal Belacan & Hirisan Lemon
[[ GERAI KUALI-KAWAH ]]
Kambing Bakar, Gulai Daging Kawah, Asam Pedas Ekor Lembu, Itik Seranti Kerutuk & Ayam Bijan Korea Pedas
[[ GERAI KUAH-KUAHAN SUP TULANG ]]
Tulang Daging Lembu, Isi Daging, Bebola Daging, Ubi Kentang, Lobak Merah, Saderi, Daun Sup, Daun Ketumbar, Bawang Goreng, Sambal Cili Kicap, Limau Nipis,Minyak Cili, Daun Bawang, Mee Hoon & Mee Kuning
[[ SUP SAYUR ASEM ]]
Jagung, Labu, Kacang Panjang, Lobak Merah, Kacang Tanah Rebus & Nangka Muda Rebus
[[ SUP BAKSO KHAS JAKARTA ]]
Perut Lembu, Lidah Lembu, Daging Lembu, Bebola Daging Lembu, Lobak Merah Hiris Halus, Kobis Hiris Halus, Limau Nipis, Daun Sup, Sambal Cili, Bawang Goreng & Kicap Manis
[[ SOTO AYAM ]]
Hirisan Ayam, Nasi Impit, Taugeh, Suhun Goreng, Kacang Tanah, Daun Bawang Hiris, Cili Merah Hiris, Kacang Tanah Goreng, Begedil, Bawang Goreng, Mee Hoon Rebus, Sambal Cili Kicap & Limau Kasturi
[[ SOTO BETAWI ]]
Daging Goreng, Ubi Kentang Goreng,Tomato, Sambal Cili Merah, Kicap Manis, Keropok Malinjo, Limau Nipis, Bawang Goreng & Daun Sup
[[ GERAI SATE BERAGAM ]]
Satay Malaysia Ayam, Sate Maranggi Sapi, Sate Madura Kambing & Sate Padang Babat
[[ GERAI KULINER NUSANTARA ]]
Daging Sapi Taliwang, Tongseng Kambing, Ikan Nila Sambal Matah, Kentang Ampela Petai & Tahu Telor
[[ JUADAH ISTIMEWA CHEF ]]
Kepala Ikan Jenahak, Kepala Ikan Salmon dengan Kari Mamak Istimewa dan Terung Segar, Kacang Bendi, Kacang Panjang Goreng, Tomato, Cili Merah, Cili Hijau & Tauhu Pok
[[ ANEKA LEMANG ]]
Lemang Putih & Lemang Pulut Hitam dengan Rendang Ayam, Serunding Ayam & Daging
[[ ROTI CANAI & MURTABAK ]]
Roti Canai & Murtabak Ayam dihidang dengan Sambal Bawang & Bawang Jeruk
[[ MEE ROJAK MAMAK ]]
Tauhu Goreng, Sengkung Hiris,Timun Hiris, Cucur Sayur, Telur Rebus, Kuah Rojak & Keropok
[[ KUIH-MUIH TRADISIONAL ]]
Bengka Ubi, Kuih Keria, Kuih Cara Berlauk, Kuih Ang Ku, Kuih Kemboja, Tepung Pelita, Kuih Lapis, Kuih Ketayap & Kuih Seri Muka
[[ SAJIAN PANAS ]]
Nasi Putih, Nasi Briyani dengan Bawang Goreng, Nasi Minyak dengan Buah Gajus & Kismis Ikan Tenggiri Percik, Udang Masak Diraja, Sotong Cili Padi Petai, Ikan Patin Masak Tempoyak Telur Itik dengan Pucuk Ubi, Kupang Sambal Ijo Pedas, Paru Goreng Berempah Serai Wangi Pucuk Paku Masak Lemak dengan Udang Segar, Rendang Tok, Kari Dhal dengan Sayur-Sayuran Cili Ketam dengan Telur, Ayam Kicap Cili Padi & Rendang Hati Lembu Berempah
[[ SAJIAN MANIS ]]
Aneka Buah-buahan Segar, Aneka Ais Krim, Kek Marble, Kek Lapis Blueberry, Kek Pandan Gula Melaka, Kek Cawan Red Velvet, Aneka Kurma, Aneka Jeli, Pudding Buah-buahan, Kek Sarang Semut Kek Batik Indulgence Pandan, Burnt Cheese Cake, Kek Pisang, Bubur Kacang Hijau & Bubur Pulut Hitam Bubur Cha Cha, Sago Pelangi Gula Aren, Bahulu, Dodol Pandan & Dodol Gula Kabung
[[ GERAI AIS KACANG & CENDOL ]]
Sirap Merah, Gula Melaka, Susu Cair, Santan Kelapa, Kacang Merah, Jagung Krim, Cendol, Sagu Berwarna-warni, Longan, Laici, Jeli Berwarna-warni, Nata de Coco, Cincau, Kacang Tanah, Pulut Manis, Sirap Pandan, Oren Kordial, Biji Attap, Biji Jagung, Kismis, Kacang Gajus, Prun, Aprikot, Kiub Nanas, Buah-buahan Campuran & Buah Pic
[[ ANEKA BISKUT RAYA ]]
Batang Buruk, Almond London, Tart Nenas, Semperit Susu, Biskut Kelapa & Biskut Dalia
[[ MINUMAN SEJUK ]]
Air Mata Kucing, Teh Bunga, Soya Cincau, Sirap Bandung, Limau Asam Boi, Tembikai Nata De Coco MINUMAN PANAS Teh Tarik, Nescafe Tarik, Kopi & Teh
Bufet Santapan Nusantara Putra akan berlangsung dari 1 Mac hingga 27 Mac 2025 di Kopi Haus, Tingkat 9, Lobby Utama, dari jam 7 malam hingga 10 malam.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, layari https://www.sunway.hotels.com sunway Putra hubungi 4603 4040 9888, WhatsApp *6019 305 2372, atau e-mel spkl.ch@sunwayhotels.com.
Laman Rasmi: www.sunwayhotels.com/sunway-putra
Facebook: Sunway Putra Hotel
Instagram: @sunwayputrahotel
TikTok: sunwayputrahotel
Alamat : 100, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur