(HIBURAN) Anugerah Lawak Warna 2014 Kembali – Sebanyak 15 Anugerah Terbaik, 3 Popular dan 2 pilihan Khas Juri Jadi Rebutan

Spread the love

IMG_9404small

Sebanyak 15 anugerah terbaik, tiga anugerah popular dan dua anugerah Khas Juri bakal menjadi rebutan. Gabungan anugerah terbaik yang dinilai juri profesional dan anugerah populariti berdasarkan undian peminat bakal meletakkan Anugerah Lawak Warna 2014 sekali lagi sebagai sebuah majlis anugerah paling berprestij dan paling ditunggu-tunggu para peminat hiburan tanahair. Terbaru, Astro Warna mengumumkan senarai Top 5 (finalis) yang bakal bersaing di Anugerah Lawak Warna yang dijangka berlangsung dalam suasana gilang-gemilang bertempat di Teater Selangor di Shah Alam pada 19 September nanti dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dan serentak dengan Astro Mustika HD (saluran 134) dalam pakej Mustika.

IMG_9349small

Menurut Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro; Encik Nizam Sani, “Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada syarikat penyiar, produksi, penerbit dan pengarah yang menyokong dengan menghantar pencalonan untuk Anugerah Lawak Warna 2014. Sambutan tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan ini menaikkan lagi moral kami dalam menganjurkan majlis yang mengiktiraf karya seni, khususnya seni komedi, yang kali ini sudah masuk tahun kedua. Segala usaha yang dilakukan Astro Warna ini adalah semata-mata sebagai mengiktiraf bidang komedi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bidang seni lain dalam industri hiburan tempatan.

Penjurian awal telahpun berlangsung dalam keadaan yang sangat rumit disebabkan penyertaan luar biasa yang diterima. Namun, juri profesional yang dilantik ternyata telah memainkan peranan mereka dengan bijaksana dengan memilih barisan finalis yang terbaik berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.”

Anugerah Lawak Warna 2014 merupakan sebuah majlis anugerah yang mengiktiraf dan menghargai usaha dan pencapaian cemerlang individu dan pihak produksi yang terlibat dalam bidang komedi sama ada di televisyen mahupun di layar perak. Istimewanya, majlis anugerah ini bakal menggabungkan elemen kualiti dan populariti dalam pemilihan pemenang. Daripada 20 anugerah yang akan diberikan, pemenang 17 kategori akan diadili menerusi fasa kedua sistem penjurian profesional termasuk dua kategori anugerah khas juri bakal diberikan oleh jawatan kuasa penganjur kepada individu ataupun produksi yang telah memberikan sumbangan signifikan terhadap industri Televisyen & Filem Komedi serta tiga kategori berdasarkan pilihan peminat menerusi undian SMS.

Pada Anugerah Lawak Warna yang dianjurkan buat kali pertama tahun lalu, filem Istanbul Aku Datang mengungguli Anugerah Lawak Warna yang diadakan di Istana Budaya. Daripada 16 kategori yang dipertandingkan, Istanbul Aku Datang meraih empat kategori iaitu Filem Terbaik, Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem (Lisa Surihani), Lakon Layar Komedi Filem Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Bernard Chauly).

Dengan SINAR fm sebagai radio rasmi, Anugerah Lawak Warna 2014 dijangka berlangsung dalam suasana penuh berprestij bertempat di Teater Selangor di Shah Alam dan diacarakan oleh Dato’ AC Mizal pada 19 September nanti, dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dan serentak dengan Astro Mustika HD (saluran 134) dalam pakej Mustika.

Untuk maklumat lanjut tentang Anugerah Lawak Warna, layari www.AnugerahLawakWarna.com.my .

Senarai kategori yang pertandingkan Dalam Anugerah Warna 2014

KATEGORI TERBAIK

1.  FILEM KOMEDI TERBAIK

Sejoli
Bikers Kental
Adnan Sempit 3
Kami Histeria
Hantu Tok Mudim

2. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM)

Bront Palarea (Sejoli)
Azad Jazmin (Sejoli)
Zizan Razak (Bikers Kental)
Shaheizy Sam (Adnan Sempit 3)
Sofi Jikan (Hantu Tok Mudim)

3. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM)

Maya Karin (Sejoli)
Nur fazura (Kami Histeria)
Yana Samsudin ( Adnan Sempit3)
Diana Danielle (Kami Histeria)
Intan Ladyana (Adnan Sempit3)

4. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (TV)

Shuib Sepah (Bini Aku Hantu Langsuir)
Kazar Saisi (Bila Joyah Dan Goyah)
Sharol Shiro (Atan & Atoi)
Hairie Safwan (Bini Aku Hantu Langsuir)
Ajak Shiro (Yem Rempit)

5. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV)

Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)
Jihan Musa (Jihan Tak Nak Balik Raya)
Nadiya Nissa (Pengancam Perkahwinan)
Fazlina Ahmad Daud (Awang Senandung)
Khatijah Tan (Atan & Atoi)

6. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BERSIRI)

Maharaja Lawak Mega 2013
Superspontan 2013
Sembang Teh Tarik
Bintang Mencari Bintang Final
Kan Da Kena Siri 2

7. SIRI TV KOMEDI TERBAIK (BERSIRI)

Oh My English April Fool
Osman Baku Musim 2
Yem Rempit
Projek Memikat Suami
Benci Vs Cinta

8. SIRI KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI)

Karoot Komedia Raya
Warna Raya
Fuyo Raya Zizan
Kaunter Kaboom Raya
Lari Lari Raya

9. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI)

Bini Aku Hantu Langsuir
Bila Joyah Dah Goyah
Jihan Tak Nak Balik Raya
Oh My English Hello America
Kampung Semarah Padi
Pengancam Perkahwinan

10. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (FILEM)

Sejoli
Hantu Tok Mudim
Kami Histeria
Adnan Sempit 3
Bikers Kental

11. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (TV)

Bini Aku Hantu Langsuir
Oh My English – Hello America
Jihan Tak Nak Balik Raya
Pengancam Perkahwinan
Bila Joyah Dah Goyah

12. SKRIP KOMEDI WANITA TERBAIK

Bini Aku Hantu Langsuir
Oh My English – Hello America
Jihan Tak Nak Balik Raya
Pengancam Perkahwinan
Bila Joyah Dah Goyah

13. SKRIP KOMEDI TERBAIK FILEM

Sejoli
Kami Histeria
Hantu Tok Mudim
Bikers Kental
Adnan Sempit 3

14. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (TV)

Bini Aku Hantu Langsuir – Jamal Khan
Oh My English – Hello America – Shamyl Othman
Jihan Tak Nak Balik Raya – Kye Fariz
Pengancam Perkahwinan – Tam Suhaimi
Bila Joyah Dah Goyah – Nazir Jamaluddin

15. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (FILEM)

Sejoli – Osman Ali
Kami Histeria – Shamyl Othman
Hantu Tok Mudim – Waan Hafiz
Bikers Kental – Helmy Yusof
Adnan Sempit 3 – Ismail Bob Hasim

KATEGORI POPULAR

1. ARTIS LAWAK LELAKI PALING POPULAR

Jepp (Sepah)
Johan
Zizan Razak
Achey
Nabil Ahmad

2. ARTIS LAWAK WANITA PALING POPULAR

Tiz Zaqyah
Didie Alias
Jihan Muse
Sharifah Sakinah
Noorkhiriah

3. SEGMEN KOMEDI RADIO PALING POPULAR

Johara Pagi Era – Spontan Era
Johara Pagi Era – Gosip Mosip Mak Jemah
Johara Pagi Era – Sketsa Johara
Sinar Pagi – Drama Ke Laut
Hot FM – AM Krew bersama Dr. R


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *