(HIBURAN) Asmidar tampil dengan album sulung “KALI PERTAMA”

Spread the love

537580_554034304631460_492134563_n

Jika disebut nama Asmidar …ramai yang mengenali beliau apabila beliau pernah menjuarai satu rancangan realiti TV berkonsepkan nyanyian di salah satu stesen tv swasta pada ketika dahulu. Pemilik nama penuh Nor Hasmidar Binti Ahmad  yang berasal dari Kuala Lumpur ini bakal muncul dengan album sulung beliau yang bertajuk “KALI PERTAMA” di bawah label pengedaran Warner Music Malaysia. asmidarsmallWalaupun pernah mempunyai single “Biar Sampai Ke Bintang” , “KALI PERTAMA”  merupakan album penuh pertama beliau yang memuatkan 7 buah lagu di mana 6 daripadanya ialah lagu ciptaan baru. Asmidar yang merupakan pelajar lepasan ASWARA telah memulakan kerjaya seni beliau seawal umur 14 tahun dan mempunyai beberapa rekod  kejayaan di dalam industri muzik tanah air sebelum ini antaranya :

1)Anugerah Cameronian Arts Awards 2009

2)Anugerah Pingat Emas Worlds Championship Of Performing Arts – Los Angeles USA 2009

3)Anugerah Industrial Awards – Los Angeles USA 2009

4)Anugerah Champion Of The World – Los Angeles USA 2009

5)Anugerah Juara Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2006

6)Anugerah Persembahan Terbaik Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2009

Pada tahun 2011, beliau menjuarai rancangan realiti TV berkonsep nyanyian di TV3 iaitu “VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA” musim pertama.

Print

Album “KALI PERTAMA” membariskan himpunan komposer dan penulis lirik terkenal antaranya Audi Mok, Taja, Acap, Ana Raffali dan Omar K serta bakat-bakat baru seperti Puteri Cahaya, Manik, Uti, Boyan dan Erwin. Lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album “KALI PERTAMA” adalah :

  1. Kali Pertama
  2. Goldilocks
  3. Bila Cinta Ada
  4. Sepenggal Kisah
  5. Sepasang Sudu
  6. Pesona Cinta
  7. Biar Sampai Ke Bintang


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *