Yasin Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Yasin bukanlah satu nama baru di dalam industri seni tanah air. Beliau juga merupakan seorang penyanyi lelaki tersohor tanah air yang memperjuangkan lagu-lagu berentak world music. Yasin memulakan karier sebagai penyanyi sejak tahun 1995 menerusi kumpulan nasyid yang bernama Brothers. Sepanjang beliau terlibat bersama kumpula Brothers, mereka telah merakamkan 5 buah album studio iaitu We Are (1997), Satu Perjuangan (1998), Untukmu Teman (2000), Brothers Reunited (2005) dan Sabar (2015). Dalam pada masa yang sama, Yasin juga telah merakamkan 3 buah album solo beliau iaitu iaitu Mimpi Laila (2001), Salsabila (2002) dan Arus Qudus (2009). Read more →
Tag: warner music
(HIBURAN) Yasin – Mempertaruhkan Muzik
(HIBURAN) PANTAS – HANIE SORAYA
Hanie Soraya Taha atau nama pentasnya Hanie Soraya merupakan seorang penyanyi wanita generasi baru yang berbakat besar yang dilihat terus melangkah ke hadapan dengan gaya tersendiri. Dengan kemahirannya bermain gitar dan ukulele, penyanyi kecil molek yang berumur 22 tahun ini telah menerima sambutan yang hangat hingga akhirnya mendapat tumpuan superstar, Faizal Tahir. Dengan adanya panduan dan nasihat daripada Faizal, Hanie Soraya mula mekar didalam industri muzik tanah air sehingga dia telah berjaya melancarkan single pertamanya “Hujung Dunia” pada Mac tahun lalu, diikuti dengan single keduanya “Rasa Sayang” pada Januari tahun lepas. Read more →
(HIBURAN) MELLY GOESLAW KEMBALI DENGAN ‘CINTA DAN IBADAH’
Siapa yang tidak mengenali komposer dan penyanyi yang terkenal dari negara seberang yang bernama Mellyana Goeslaw Hoed atau lebih akrab dengan panggilan Melly Goeslaw ini. Telah terbukti bahawa semua lagu duet beliau telah menjadi hit dan laris di pasaran Indonesia mahupun Malaysia. Antara hasil ilhamnya adalah ‘Ketika Cinta Bertasbih’, ’Ada Apa Dengan Cinta’, ‘Jika’, ‘Tentang Dia’ dan ‘Bukan Cinta Biasa’ yang dinyanyikan oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Melly telah mencurahkan lebih daripada separuh umurnya untuk dunia seni, sehinggakan sudah tidak terkira berapa ratus lagu yang telah dicipta olehnya. Melly juga telah banyak menggondol anugerah didalam industri muzik diatas kegigihannya didalam membangunkan industri muzik nusantara. Read more →
(HIBURAN) “TEKA TEKI” Maya Karin Akhirnya Terjawab Sudah
Setelah lama menyepi didalam bidang nyanyian, pada Jun 2013, Maya telah hadir dengan lagu ‘Bintang Syurga’ yang muncul sebagai hadiah kepada peminat setia beliau yang merindukan alunan suaranya. Dan kalau sebelum ini lagu ‘Bintang Syurga’ telah didendangkan sendiri oleh Maya di Switzerland bersama-sama dengan penyanyi popular Switzerland iaitu Bastian Baker, kini, Maya Karin tampil pula dengan album terbaru yang bertajuk ‘Teka-Teki’. Album ‘Teka-Teki’ ini memuatkan sebanyak 7 buah lagu seperti ‘Bintang Syurga’, ‘ Logika’, ‘Tersenyum’, ‘Teka-Teki’, ‘Titi Rahsia’, Selamat Tinggal Cinta’ dan juga ‘Hanya Sebentar’. Read more →