(HIBURAN) Balada Pencinta Mengalun 24 Oktober Ini

Spread the love

image003cropsmallcrop

Alunan irama cinta akan berkumandangan mulai 24 Oktober ini dengan filem nantian ramai keluaran Grand Brilliance, Balada Pencinta yang dibarisi pelakon-pelakon handalan industri termasuk Johan As’ari, Siti Saleha, Sein Hussein, Azhan Rani, Norisz Ismail, Miera Liyana, Iedil Putra, dan penampilan khas Faizal Hussein.

baladasmall

Filem bergenre romantis ini merupakan filem kedua arahan Khir Rahman selepas filem pertama beliau, ..Dalam Botol yang telah diterima baik oleh rata rata pengkritik filem tempatan.  “Saya bersyukur dengan kepercayaan yang diberi oleh Tengku Iesta Tengku Alaudin dan Grand Brilliance dalam memberi peluang buat saya untuk meneruskan usaha belajar dan menyelami ilmu pengarahan filem. Saya telah lakukan yang terhabis baik untuk filem ini dan harapan saya buat masa ini adalah hanya untuk ia diterima oleh penggemar dan pengkritik filem di luar sana”, ujar Khir ketika ditemubual baru-baru ini.

Filem yang siap penggambarannya pada Julai 2012 akan membawa penonton menyingkap hidup seorang busker jalanan, Amir (Johan As’ari) yang pernah melalui zaman gelap sebagai salah seorang ahli kumpulan gangster. Pertemuan Amir dengan Aishah (Siti Saleha), menjadi titik permulaan bagi Amir untuk berubah dan mencari jalan kehidupan yang lebih baik.

Namun cinta yang disemai tidak dapat mengubah hakikat yang Amir dan Aishah berlainan darjat, sekaligus membawa kita mengenali Boy (Sein Hussein), tunangan Aishah yang telah ditentukan oleh keluarganya. Walau dianggap sebagai pasangan yang sama cantik dan kaya, tetap tidak merubah perasaan Aishah terhadap Amir.

“Saya percaya penonton kita perlu disajikan dengan kepelbagaian.  Genre-genre filem yang dikeluarkan haruslah melalui perubahan dan dengan prinsip itulah kami di Grand Brilliance cuba untuk membawa pembaharuan kepada setiap filem kami. Dengan itulah kami menerbitkan filem Balada Pencinta”, kata Tengku Iesta Tengku Alaudin, selaku Pengurus Besar Grand Brilliance ketika ditanya akan sebab Balada Pencinta setuju diterbitkan oleh syarikat perfileman gergasi tersebut.

Padat dengan lakonan mantap dan dendangan lagu-lagu merdu baru dan lama, filem ini dijangka dapat menghilangkan dahaga penonton tempatan yang merindukan filem-filem yang romantis dan membelai jiwa.  Khir turut menulis 2 buah lagu baru yang bertajuk “Terima Kasih Aishah” dan “Nanti” yang diilhamkan dari filem ini.

Untuk maklumat lanjut, serta info dan gambar eksklusif di balik tabir filem ini, sila layari www.facebook.com/BaladaPencinta atau follow @grandbrilliance di Twitter dan Instagram rasmi mereka.

Antara barisan filem – filem lain Grand Brilliance yang bakal menemui anda pada 2013 adalah Penanggal (28 November) dan pada 2014 Pengapit, Sejoli, Gila Baby, Mamak Cupcake, Lebuhraya Ke Neraka, Tujuh, Showdown dan Anak Jantan yang dijangka bakal memecah rekod industri perfileman tanah air.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *