Tag: khir rahman

(HIBURAN) Viu Malaysia persembahkan Viu Original pertama sempena Ramadan, Terlanjur Cinta  

KUALA LUMPUR, 6 Mac 2024 – Viu, penyedia perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau milik PCCW melancarkan Viu Original terbaru, Terlanjur Cinta, karya penerbit veteran Eirma Fatima. Terlanjur Cinta ini merupakan drama pertama sempena Ramadan yang ditawarkan oleh Viu Malaysia, dibintangi Puteri Balqis, Syafiq Kyle, Khir Rahman, Datin Seri Umie Aida, Syafie Naswip dan Syafi Tee. Siri ini akan mula ditayangkan pada 14 Mac 2024, dengan episod baharu disiarkan pada setiap Khamis, Jumaat dan Sabtu sepanjang bulan Ramadan. Read more →

(HIBURAN) Drama terbaru Viu Original, Hilang, ketengahkan elemen seram dan mendebarkan

KUALA LUMPUR, 16 NOVEMBER 2022 – Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka diterajui oleh PCCW melancarkan drama Viu Original kelima tahun ini, Hilang, yang dibintangi oleh Khir Rahman, Siti Saleha, Aqasha dan Jasmine Suraya. Siri ini boleh ditonton di platform berkenaan mulai 17 November 2022, Khamis, dengan dua episod baharu pada setiap Khamis minggu seterusnya. Read more →

(HIBURAN) SYAFIQ YUSOF BUKTIKAN ABANG LONG FADIL 3 FILEM KOMEDI AKSI TERBAIK SEPANJANG ZAMAN

Petaling Jaya, 26 Ogos 2022 – Dua penerbit yang mendominasi filem-filem pecah panggung Malaysia, Skop Productions dan Astro Shaw sekali lagi bekerjasama dan bersedia mempersembahkan filem terbaru daripada francais komedi aksi ‘blockbuster’ no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3 bermula 8 September di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei. Lebih gempak, lebih impak, lebih aksi, lebih komedi; itu yang dirumuskan mengenai Abang Long Fadil 3. Filem sekuel ketiga ini menampilkan kualiti produksi yang lebih mengagumkan dan antara kelainan yang ditampilkan adalah set terbesar pertama dibina di Malaysia untuk pembikinan filem tersebut. Read more →

(HIBURAN) Gadis Jolobu The Movie

Bertitik tolak dengan kejayaan tontonan YouTube, Zebra Studio mengambil langkah yang berani dengan mengetengahkan filem yang menggunakan dialek Negeri Sembilan. Filem bergenre komedi romantik, Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor mengangkat keunikan adat pepatih dan keunikan budaya Minangkabau sebagai tarikan. Projek mega dimeterai antara syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd diterajui pelakon, penyanyi dan pelawak berpengalaman seperti Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud serta memperkenalkan bintang baharu yang juga pengacara, Ahirine Ahirudin. Read more →

(HIBURAN) SKOOL of LAWAK, program realiti komedi baru di Astro

AMY98062

Astro sekali lagi mengangkat lawak ke medan paling tinggi apabila memperkenalkan sebuah program realiti komedi terbaru yang dijangka mencetuskan fenomena terbaru di televisyen Malaysia iaitu SKOOL of LAWAK. Program realiti komedi baru ini bakal membabitkan hampir 33 peserta yang telah dipilih melalui ujibakat diseluruh negara dan mereka ini seterusnya melepasi halangan bootcamp terakhir yang membolehkan mereka dipilih sebagai peserta akhir program SKOOL of LAWAK. Program ini akan mula bersiaran Langsung  bermula 14 Februari 2014 setiap hari Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna 132 & Mustika HD 134. Read more →