(HIBURAN) ‘BERSERAH’ KOLABORASI PERTAMA ZIZAN RAZAK DAN ISMAIL IZZANI

Siapa yang tidak kenal dengan kehebatan Zizan Razak, seorang pelakon, pelawak, pengacara dan juga penyanyi rap popular. Bukan sahaja mampu memberikan yang terbaik di atas pentas dan layar lakonan, Zizan juga sering menunjukkan sisi lainnya kala menyampaikan lagu-lagu rapnya sendiri.

Kali ini Zizan tampil dengan sebuah karya baru berjudul ‘Berserah’ bersama dengan seorang lagi bintang muda terkenal, Ismail Izzani yang mula mengukir nama sejak beberapa tahun lalu, dan kini tersenarai sebagai salah seorang penyanyi yang diminati generasi masa kini.

Lagu hasil ciptaan komposer dan penyanyi rap hebat, Alif dan lirik oleh Ariz ini adalah kolaborasi pertama Zizan bersama Ismail Izzani. Ia membawa mesej positif secara tidak langsung mengajak orang lain untuk berbuat baik juga.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

” Lagu Berserah ini membawakan mesej positif. Selain itu juga penyampaian lagu ini  hasil  kombinasi di antara Zizan Razak dan juga Ismail Izzani di harapkan boleh memberikan impak yang baik kepada semua yang mendengar.  ”

Lagu ‘Berserahi’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Hari Ini’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *