(HIBURAN) BINTANG MENCARI BINTANG RAYA

Spread the love

BMB Rayacropsmall

Berakhirnya ramadan yang suci ini, kita bakal meraikan Syawal yang mulia. Sanak saudara pasti berkumpul sambil bergembira menyambut syawal. Sambil berkumpul tidak lupa juga menyambut para tetamu yang turut datang bertandang, antaranya yang bakal bertandang kerumah adalah anak didik bintang mencari bintang yang bakal menceriakan ruang tamu anda.

Bintang Mencari Bintang baru melabuhkan tirainya Jun lalu dengan menobatkan anak didik Harun Salim Bacik, ACHEY, sebagai Juara Bintang Menjadi Bintang Musim Pertama.  Bakat kesemua anak didik Bintang Mencari Bintang ini dipertengahkan lagi dan tidak terhenti disini, TV3 memberikan mereka satu program istimewa sebagai hadiah kepada peminat mereka bersempena aidilfitri dengan Bintang Mencari Bintang Raya.

Bakal tertera dikaca TV3 pada Raya Kesembilan, bermula jam 9.00 malam, Bintang Mencari Bintang Raya yang berdurasikan 1 jam, dihoskan oleh  Johan BMB ACHEY & Naib Johan BOCIK. Turut dibintangi oleh Titan, Tapaw, Gegau, Kelawak, Tocai, Ajo, Big Too, Awok, Bowl, XOXO, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Faizal Ismail, Senario, Raja Azura, Sabri Yunus

 BMB Rayasmall

Program terbitan Mohd Sufian Isa ini dimulakan dengan nyanyian oleh Achey dan Bocik mendendangkan lagu ‘Puasa dan Raya’ yang dipopularkan oleh kumpulan Senario.  Seterusnya saksikan 4 sketsa lucu yang membawa mesej tersendiri bakal dipaparkan seperti berikut :.

 

Sketsa #1 – Sejuknya LONDON

Cerita mengisahkan dimana 4 orang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran dan menyambut bulan ramadhan di Kota London. Pelbagai kisah menarik diantaranya makan di bulan ramadhan dan rindu kepada keluarga walaupun baru hari pertama berpuasa

Pelakon : Amar Titan, Faiz Tapaw, Fad Bocik, Fizah Awok dan AJO

 

Sketsa #2 – Hangat – Hangat Tahi Ayam

Cerita ini mengisahkan dimana 4 orang bujang yang duduk serumah yang mempunyai pelbagai ide untuk berniaga tetapi tidak mempunyai MODAL langsung.

Pelakon : Abam Bocik, Faiz Tapaw, Isey Titan dan Danial Bowl

 

Sketsa #3 – Sewaktu Aku Seorang ‘PEON’

Cerita mengisahkan seorang ‘PEON’ atau Mat Despatch yang mencari duit tambahan ketika bulan puasa. Beliau bukan sahaja menghantar surat tetapi mengambil upah menghantar barang dan membeli makanan di bulan puasa untuk mereka yang tidak berpuasa.

Pelakon : ACHEY, Ain Awok, Fizah Awok, Apit Big Too dan AJO

Sketsa #4 – Rumah Terbuka Melodi Raya

Cerita mengisahkan dimana Wartawan Melodi menemurah artis-artis jemputan di rumah terbuka Melodi Raya. Mereka akan membuat ‘lakonan semula’ atau parody kisah cinta Shila Amzah bersama Sharnaaz Ahmad dan pergaduhan bersama ND Lala

Pelakon : Hazwan XOXO, Chot XOXO, Ain Awok, Lim Kelawak dan Ali Bowl

Rancangan ini diakhiri oleh nyanyian beramai-ramai oleh kesemua anak anak didik Bintang Mencari Bintang Musim pertama dengan lagu ‘Esok Hari Raya’. Program BMB Raya ini menampilkan Faizal Uzir selaku Pengarah Muzik yang akan mengiringi setiap sketsa dan nyanyian mereka.

Jangan lupa saksikan Bintang Mencari Bintang Raya yang pasti membuat anda tidak kering gusi ketawa pada hari raya kesembilan tepat jam 9.00 malam. Penonton juga boleh menonton menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet dengan melayari www.tonton.com.my pada bila-bila masa dan di mana-mana jua untuk menyaksikan program program Anugerah Syawal di TV3.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *