(HIBURAN) BINTANG MENCARI BINTANG – TITAN UNGGULI KUMPULAN B

Persembahan dari TITAN (Sabri Yunus)

Kumpulan A yang terdiri daripada BOWL (Afdlin Shauki), ACHEY (Harun Salim Bachik), TOCAI (Senario), TAPAW (Faizal Ismail), BIG TOO (Sabri Yunus) dan KELAWAK (Raja Azura) telah membuka tirai pertarungan Bintang Mencari Bintang (BMB) dengan persembahan yang mantap dan menghiburkan. Setelah menyaksikan kehebatan konsert pertama dari kumpulan A, pastinya para penonton sudah tidak sabar untuk menunggu konsert dari kumpulan B pula. Semalam, tiba giliran kumpulan B yang diwakili BOCIK (Afdlin Shauki), XOXO (Harun Salim Bachik), GEGAU (Senario), AJO (Faizal Ismail), TITAN (Sabri Yunus) dan AWOK (Raja Azura) beraksi meraih sokongan daripada para peminat dan juri.

Persembahan dari GEGAU (Senario)

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 dari Plaza Alam Sentral Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 – 10.30 malam, BMB yang hangat diperkatakan dan diuar-uarkan mempunyai barisan anak didik yang terbaik dan paling berbakat terus menyengat. Dengan persediaan dan latihan yang telah dijalankan oleh BOCIK, XOXO, GEGAU, AJO, TITAN dan AWOK bersama Sifu masing-masing, ternyata anak didik kumpulan B mampu menunjukkan kehebatan masing-masing untuk terus berjaya dalam pertandingan Bintang Mencari Bintang musim yang pertama ini.

Semalam, anak didik dari kumpulan B mempersembahkan sebuah sketsa komedi bebas selama 3 minit dan sebuah lagu selama 2 minit. Bagi menghangatkan saingan Kumpulan B, anak didik Senario, GEGAU membuka persembahan dengan sketsa komedi serta menyampaikan lagu yang berkonsepkan ‘Pontianak’ manakala AJO (Faizal Ismail) satu satunya peserta solo dalam kumpulan B tampil dengan sketsa komedi dan lagu  ‘Sayang’ untuk persembahannya.

Seterusnya anak didik BOCIK yang mendapat bimbingan dari Johan selama satu minggu sementara Sifu mereka Afdlin Shauki menunaikan umrah, mengambil alih pentas dengan sketsa dan lagu ‘Milik Siapakah Gadis Ini’. Anak didik Harun Salim Bachik, XOXO pula menyusul dengan persembahan dan lagu ‘Beat It’ sementara AWOK yang merupakan anak didik kepada Raja Azura pula membuat persembahan dan lagu ‘Nasib Seorang Janda’. Sebelum melabuhkan tirai semalam, penonton menyaksikan persembahan sketsa komedi dan lagu ‘Itukah Sayang’ dari TITAN (Sabri Yunus).

 Persembahan dari BOCIK (Afdlin Shauki)

Setiap Sifu akan mempunyai dua anak didik yang bertanding dalam Kumpulan A dan Kumpulan B. Anak didik akan bersaing selama 4 minggu dalam pusingan pertama mengikut kumpulan masing-masing. 3 anak didik yang mendapat markah terendah dari setiap kumpulan akan disingkirkan. 6 anak didik yang berjaya ke pusingan seterusnya kemudian akan berentap di pusingan kedua, separuh akhir dan konsert akhir untuk merangkul gelaran juara serta membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000.

Menurut Penerbit Eksekutif Bintang Mencari Bintang, Muhamad Sufian Isa, “Program Bintang Mencari Bintang dilihat sebagai landasan bagi mereka yang bercita-cita untuk menjadi seorang penghibur versatil. Selepas persembahan konsert semalam, kami boleh mendapat sedikit gambaran tentang potensi dan keupayaan gandingan Sifu dengan anak didik Kumpulan A & B. Namun di peringkat permulaan ini, masih terlalu awal untuk membuat ramalan dan tidak mustahil berlaku kejutan yang bakal mengubah corak persaingan Bintang Mencari Bintang.”

Sepanjang 15 episod, BMB menampilkan Adibah Noor sebagai pengacara program. Selain itu, BMB turut menampilkan nama besar di dalam industri tanah air, ikon yang cukup berpengalaman dan sememangnya ‘otai’ di dalam bidang hiburan iaitu Fauziah Ahmad Daud dan A.R. Badul sebagai juri tetap untuk program ini. Minggu ini, Azlan & The Typewriter tampil sebagai juri jemputan untuk menilai aspek nyanyian para anak didik.

Untuk musim pertama ini, format permarkahan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam yang terdiri dari kalangan pelajar seni persembahan, wartawan, golongan semi-profesional dalam industri sketsa komedi dan nyanyian. Buat penonton dan peminat setia Bintang Mencari Bintang bolehlah menghantar undian SMS dengan menaip BMB <JARAK> Nama Kumpulan dan hantar ke 33399 atau undian secara pukal, BMB5 <JARAK> Nama Kumpulan dan hantar ke 33399. Undian SMS akan bermula jam 5.00 petang setiap hari Ahad dan akan ditutup selepas tamat persembahan konsert. Di samping itu, penonton turut boleh menilai persembahan anak didik BMB semasa persembahan konsert berlangsung menerusi ‘Skala Bintang’ yang boleh didapati di www.tv3.com.my/bintang. Kemudian gerakkan skala bintang untuk mengundi persembahan anak didik. Keputusan penilaian ‘Skala Bintang’ akan muncul di kaca televisyen semasa konsert BMB bersiaran secara langsung.

Sementara itu, penonton berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat kesemua anak didik BMB menerusi KOMIK BMB yang disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Ahad jam 5.00 petang. Program yang dihoskan oleh pelakon Taiyuddin Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Tai ini juga akan membawa penonton melihat gelagat anak didik serta perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas latihan dan juga perkara-perkara yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas BMB. Selain itu, penonton juga boleh mengikuti perkembangan para anak didik BMB menerusi program 2 minit, BLOG BMB setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10.00 pagi dan 1.30 pagi bermula 1 April 2013.

Ikuti program BMB yang diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Muhamad Sufian Isa pada setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang BMB, penonton boleh melayari laman sesawang rasmi BMB di www.tv3.com.my/bintang serta laman sosial Facebook & Twitter TV3Malaysia. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#bintangTV3) untuk menghangatkan lagi bahang BMB!

 

 

 

Carta kedudukan markah anak didik BMB ini:

 

Sifu & Anak Didik

Konsert 1

Konsert 2

Konsert 3

Konsert 4

Markah Terkumpul

Kumpulan A

BOWL (Afdlin Shauki)

ACHEY (Harun Salim Bachik)

TOCAI (Senario)

TAPAW (Faizal Ismail)

BIG TOO (Sabri Yunus)

KELAWAK (Raja Azura)

 

36

75

52

57

52

40

       

 

Sifu & Anak Didik

Konsert 1

Konsert 2

Konsert 3

Konsert 4

Markah Terkumpul

Kumpulan B

AWOK (Raja Azura)

BOCIK (Afdlin Shauki)

XOXO (Harun Salim Bachik)

GEGAU (Senario)

TITAN (Sabri Yunus)

AJO (Faizal Ismail).

 

41.6

65

28

39.7

67.7

63.1

 

 

     

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *