(HIBURAN) Terbaru dari AFGAN – L1VE TO LOVE, LOVE TO L1VE

IMG_9348

Afgansyah Reza merupakan penyanyi solo lelaki yang pada ketika ini telah mendapat nama di dalam dunia muzik Indonesia kerana mempunyai personaliti yang romantik. Setelah melalui proses produksi selama hampir 2 tahun, akhirnya album ketiga Afgan di lancarkan yang bertajuk L1VE TO LOVE, LOVE TO L1VE. Berbekalkan single hits beliau yang bertajuk Pesan Cinta, album ini mencatat beberapa sejarah bagi Afgan kerana lagu Pesan Cinta adalah lagu hasil ciptaan Afgan sendiri. Lagu Pesan Cinta ialah mengenai seorang lelaki yang telah jatuh hati “pandang pertama” pada seorang gadis. Sejak kali pertama bertemu, lelaki ini berusaha mencari jalan atau idea untuk bertemu dengan gadis tersebut sekali gus memikat gadis tersebut. Lagu yang dicipta Afgan ini memuatkan elemen-elemen comel, simple dan fun pop song. Afgan juga turut bekerjasama dengan Inu Numata dan Nino RAN dengan menggandeng Tohpati sebagai music directornya.

Single kedua dari album ini adalah lagu Jodoh Pasti Bertemu. Lagu ini sangat “straight to the point” dan pada dasarnya semua orang pasti pernah mengalaminya. Jatuh Cinta kemudian menjalikan hubungan dan berharap dia adalah teman hingga akhir hayat tetapi malangnya hubungan itu terkandas. Lagu hasil ciptaan Bembi Noor khas untuk Afgan kerana menurut Bembi Noor vocal Afgan sangat bersesuaian dengan lagu inil. Afgan juga meminta pendapat dari Afganisme ( peminat setia Afgan ) untuk menentukan lagu mana yang akan di jadikan sebagai single kedua. Kebetulan banyak review dan pendapat yang diterima mengatakan lagu Jodoh Pasti Bertemu sesuai untuk di jadikan single kedua.

Di dalam album L1VE TO LOVE, LOVE TO L1VE ini juga, Afgan cuba untuk bermain dengan beberapa genre muzik lain dan jauh berbeza dengan genre muzik yang pernah di bawa Afgan selama ini. Contohnya untuk lagu Without You yang di cipta Afgan bersama Inu Numata, beat-beat lagu ini dicipta oleh DJ Sumantri dan ianya sesuai kepada yang gemar menari. Selain itu juga terdapat sebuah lagu hasil kolaborasi Afgan bersama Sherina yang bertajuk Demi Kamu dan Aku. Lagu Demi Kamu dan Aku ini amat berbeza kerana muziknya adalah campuran akustik biola dan strings. Kita juga dapat mendengarkan kehebatan suara Afgan & Sherina

Tidak ketinggalan , 6 lagu yang lain juga mempunyai keistimewaannya. Sebagai tanda terima kasih dan sayang Afgan pada Afganisme, di dalam album ini, Afgan juga turut memasukkan 1 lagu bertajuk Untukmu Aku Bertahan. Lagu ini Afgan tujukan kepada Afganisme yang selama ini telah menyokong kerjaya Afgan. Lagu Katakan Tidak yang merupakan track pertama didalam album ini, muziknya mid-up dengan lirik yang menyeru supaya tidak “selingkuh” atau menjadi setia. Dan lagu mellow yang berjudul Cinta Tanpa Syarat mampu meninggalkan kesan yang mendalam. Liriknya yang begitu romantis boleh membuatkan sesiapa yang mendengarnya pasti suka.

Lagu Jauh bermain dengan muzik yang “fresh dan young”. Lagu ini menceritakan tentang cinta yang terpendam di antara 2 orang. Di dalam lagu ini, kita boleh mendengarkan kemampuan Afgan meliuk-liukkan vokalnya. Lagu Tanpa Bahasa pula adalah sebuah lagu yang sesuai ditujukan kepada bekas kekasih. Menceritakan tentang kejujuran perasaan kita terhadap bekas kekasih kita.

Album L1VE TO LOVE, LOVE TO L1VE merupakan album pertama Afgan dibawah naungan Trinity Optima Production di Indonesia dan dibawah naungan Suria Records Sdn Bhd di Malaysia. Afgan seorang penyanyi yang mempunyai suara yang lunak dan istimewa, ternyata juga Afgan mempunyai kebolehan untuk mencipta lirik untuk lagunya sendiri. Album L1VE TO LOVE, LOVE TO L1VE dari AFGAN mengharapkan sokongan dari semua masyarakat sacara meluas dan menyeluruh terutama dari semua pihak media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *