(HIBURAN) “Cinta” Konsert Mega Pertama Buat Shila Amzah September Ini Di Malaysia

Spread the love

IMG_7247

Penyanyi terkenal Malaysia,Shila Amzah akan mengadakan konsert sulungnya pada pertengahan tahun ini. Tidak dapat dinafikan bahawa Shila Amzah sekarang adalah merupakan salah seorang penyanyi yang mempunyai suara terbaik di Asia! Suaranya yang unik telah membawa beliau kesatu tahap yang membanggakan, terutamanya setelah pencapaiannya di China.Konsert sulung Shila ini akan membawa tema “cinta” dimana Shila percaya bahawa tema ini akan membawa keamanan dan keharmonian sedunia. Shila berpendapat bahawa “cinta” akan menghapuskan segala permusuhan kepada persahabatan.

IMG_7222

Mega Ultimate dan Shila Amzah Entertainment akan menganjurkan Konsert Cinta Shila Amzah di Malaysia pada 13 September 2014 bertempat di Mega Star Arena.  Shila Amzah juga merancangan untuk mengadakan konsert ini di negara lain seperti Singapura, China dan lain-lain lagi. Konsert pertama nya akan diadakan di Shanghai, China pada 16 Ogos 2014.

Shila berharap dengan menyampaikan lagu-lagu cintanya, ia akan dapat menawan hati seluruh peminatnya nanti. Cinta akan menyatukan semua dari segenap sudut dunia. Beliau juga berharap lagu-lagu cintanya akan dapat meluahkan segala kisah rahsia cinta kepada peminat-peminatnya yang menyokongnya selama ini. Adalah menjadi satu kebanggaan dimana Konsert Cinta Shila Amzah bila ianya merupakan satu terbitan sepenuhnya  produksi Malaysia, dimana Jennifer Thomson akan bertindak sebagai penerbit konsert.

Jennifer adalah merupakan seorang pengurus persembahan yang mempunyai pengalaman luas selama 30 tahun di dalam bidang yang di ceburinya ini, manakala pengarah muzik untuk sepanjang konsert ini bakal diterajui oleh Helen Yap. Helen juga adalah nama yang tidak asing lagi di negara kita ini sebagai seorang pengarah muzik dan penerbit album yang juga berpengalaman selama 29 tahun, malah Helen juga pernah bekerja rapat bersama Shila sejak 13 tahun yang lalu disepanjang karier nya

Sebagai seorang bintang yang sedang menggilapkan namanya , Shila mula bertapak selepas beliau memenangi tempat kedua di dalam rancangan terbitan 8TV, “One In A Million” pada tahun 2008. Tahun demi tahun berlalu,  kini beliau telah menjuarai pertandingan “Asia New Singer Competition”, sebuah pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh Shanghai Cultural Development Foundation, di Shanghai, China. Pertandingan ini adalah merupakan pertandingan yang disertai oleh bakat-bakat baru dari seluruh Asia.

Kebolehan dan bakat Shila telah membuka mata seorang penerbit dan pengarah muzik terkenal negara, Mr Ong Peng Chin. Beliau yang telah menggalakan Shila untuk membina empayar yang lebih luas di China. Dengan usaha Mr.Ong, Shila akhirnya memberanikan dirinya untuk bertanding di dalam rancangan realiti terbesar di negara China, iaitu “Asian Wave” yang telah diadakan di Shanghai, China, terbitan Dragon TV, dimana akhirnya Shila Amzah telah dinobatkan sebagai juara pada 20hb Sept 2012.

Disepanjang perjalanan pertandingan itu, Shila telah mendapat undian on-line paling tinggi berbanding dengan peserta dari negara lain, sehinggakan lagu “Zheng Fu”/ Na Ying yang dibawakan oleh Shila pada malam tersebut  memberikan markah kemenangan buatnya..

Untuk tahun 2014 pula, Mr Ong telah berjaya membawa Shila ke pertandingan “I’m A Singer” musim kedua dan membuka ruang perjalanan seni Shila dengan lebih luas. Dengan  membawakan lagu-lagu seperti “Guan Zhe’s Xiang Ni De Ye” dan juga lagu dari artis popular Taiwan, Jay Chou, “Zui Chang De Dhian Ying” serta lagu terkenal Beyonce yang berjudul “Listen”. Shila Amzah berjaya memukau jutaan penonton. Segala tenaga dan emosi yang dipersembahkan oleh Shila pada malam itu adalah berbaloi bagi mencerminkan perjuangan beliau dalam bidang muzik sejak dari dulu lagi.

Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian dengan suara yang unik, Shila juga berkebolehan dalam menyampaikan lagu dalam berbagai bahasa. Sebagai seorang penyanyi yang bukan berbangsa China, ini adalah menjadi satu kebanggan bila Shila hanya mengambil masa selama empat hari sahaja untuk mempelajari lagu baru dalam bahasa mandarin.

Kedudukan Shila Amzah menjadi lebih kukuh terutamanya di China dan Hong Kong selepas kejayaannya di dalam “I’m A Singer” musim kedua dimana beliau telah berjaya mengumpul peminatnya dari  negara China, Hong Kong dan juga Malaysia.

Bagi memperlengkapkan diri kearah yang lebih baik, Shila sekarang ini sedang mengambil kelas bahasa mandarin di Beijing, Peluang untuk beliau berkomunikasi bersama peminatnya disana kini lebih menyerlah. Menurut Mr.Ong lagi, Shila sekarang ini sedang dalam persediaan untuk melancarkan album China sulungnya dalam masa yang terdekat ini.

Penjualan tiket untuk Konsert Cinta Shila Amzah akan bermula pada 3hb Mei 2014 nanti dan akan diadakan di Paradigm Mall, Petaling Jaya, pada jam 3 petang. Istimewa kepada peminat yang mendapatkan tiket pada petang itu, akan berpeluang untuk mendapatkan tandatangan autograf Shila Amzah secara eksklusif.

Konsert Cinta Shila Amzah ini adalah dibawakan oleh Mega Ultimate Sdn Bhd dan bekerjasama dengan Shila Amzah Entertainment Bhd., manakala radio MyFM danEraFM bertindak sebagai saluran radio rasmi, Paradigm Mall sebagai pusat membeli-belah rasmi, Premiere Hotel sebagai hotel rasmi, dan Alexandra Christie sebagai jam tangan rasmi. Terima kasih juga kepada Station One, Mega Visual, MMW, ESS.

Harga tiket adalah seperti berikut: 1/ VVIP : [Sila hubungi penganjur untuk keterangan lanjut] 2/ VIP : RM 268 3/ PS1 : RM 138 4/ PS2 : RM 88

Sempena Konsert Cinta Shila Amzah  , Shila Amzah akan kembali lagi ke Malaysia pada bulan depan untuk mempromosikan konsert ini..

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini , sila rujuk kepada Radio Era FM dan MyFM.

Dan jangan lupa hashtag konsert ini ialah #LoveConcertShilaAmzah


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *