(HIBURAN) “TEKA TEKI” Maya Karin Akhirnya Terjawab Sudah

Spread the love

IMG_7315

Setelah lama menyepi didalam bidang nyanyian, pada Jun 2013, Maya telah hadir dengan lagu ‘Bintang Syurga’ yang muncul sebagai hadiah kepada peminat setia beliau yang merindukan alunan suaranya. Dan kalau sebelum ini lagu ‘Bintang Syurga’ telah didendangkan sendiri oleh Maya di Switzerland bersama-sama dengan penyanyi popular Switzerland iaitu Bastian Baker, kini, Maya Karin tampil pula dengan album terbaru yang bertajuk ‘Teka-Teki’. Album ‘Teka-Teki’ ini memuatkan sebanyak 7 buah lagu seperti ‘Bintang Syurga’, ‘ Logika’, ‘Tersenyum’, ‘Teka-Teki’, ‘Titi Rahsia’, Selamat Tinggal Cinta’ dan juga ‘Hanya Sebentar’.

IMG_7337

Jika dulu single hit ‘Erti Cinta’ lebih kepada melodi yang perlahan dan mendayu-dayu, kini Maya Karin muncul dengan nafas baru dengan membuat perubahan dari sudut pembawakan lagu di dalam album ini. Para pendengar akan terbawa-bawa akan muzik yang ditampilkan menerusi album ini dan mampu mengajak para pendengar untuk turut menyanyi bersama. Setiap bait lirik dengan iringan muzik yang disusun rapi ini mempersembahkan album ini dalam mood yang segar dan ceria.

‘Teka-Teki’ juga merupakan single yang diambil dari album ‘Teka-Teki’ dan lagu itu menampilkan tempo yang rancak seperti lagu ‘Bintang Syurga’. Susunan muzik yang ditampilkan sangat menarik dan membuatkan para pendengar juga berteka-teki akan gerangan penyanyi tatkala kali pertama mendengarnya. Lagu ‘Teka-Teki’ ini juga tampil dengan kelainannya tersendiri di mana ia beretakkan pop dance yang berbeza dengan lagu-lagu beliau yang sebelum ini yang kebanyakkannya berentak balada.

‘Teka-Teki’ ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Omar K., Mike Chan dan Zel Haduan. Hasil komposisi mereka bertiga ini sangat indah kerana ia mampu membawa para pendengar menuju ke alam khayalan dan tertanya-tanya apa yang akan berlaku di dalam kisah percintaan mereka. Single terbaru Maya yang telah berada di corong-corong radio ini juga membawa seribu satu makna dimana dalam kerancakan lagu tersebut, ada diselangi dengan lirik yang membawa kepada penceritaan sebuah kisah cinta yang penuh dengan tanda tanya. Lirik bagi lagu ini juga cuba mengetengahkan bahawa dalam setiap perhubungan perlu ada komunikasi terutamanya dikala hubungan sedang diuji dengan pelbagai dugaan. Suara Maya Karin juga boleh diklasifikasikan sebagai suara yang boleh membuat pendengar cair dengan nyanyiannya, ini kerana pembawakan lagu ini oleh beliau kedengaran sangat menarik dan sangat bersesuaian dengan Maya.

Walaupun sudah 2 kali Maya menunda majlis pelancaran dan showcase beliau disebabkan rasa simpati dan menghormati perasaan ahli keluarga yang terlibat dengan pesawat MH370, namun Maya tetap akan memberikan persembahan yang terbaik pada malam ini.

‘Saya telah melakukan persiapan yang secukupnya untuk majlis saya pada malam ini. Saya berharap para media dan juga peminat setia saya terhibur dan dapat senaraikan malam ini sebagai kenangan manis yang tidak dapat dilupakan’. ‘Namun, berikutan dengan peristiwa yang menimpa pesawat MH370, saya berharap agar kita terus mendoakan mereka.’ – ujar Maya Karin.

Muzik video ‘Teka-Teki’ juga telah disiapkan 2 bulan yang lepas dan pada malam ini anda semua bakal menyaksikan buat pertama kalinya muzik video ‘Teka-Teki’ oleh Maya Karin. Penceritaan menerusi muzik video ini juga dapat menggambarkan tentang sebuah kisah cinta yang penuh dengan tanda tanya dan siapakah jejaka yang diimpikan Maya. Dan pada penghujung muzik video ini juga akan meninggalkan satu tanda tanya tentang jejaka mana yang akan dipilih oleh Maya sendiri.

Bagi album ‘Teka-Teki’ ini juga, jangka masa untuk menyiapkannya hanya mengambil masa selama 3 bulan. Maya dan Warner Music Malaysia telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada gandingan yang mantap oleh Audi Mok dan Omar K. dalam menyiapkan kesemua lagu yang terkandung di dalam album ‘Teka-Teki’ ini. Ternyata Audi Mok dan Omar K. tahu apa yang diingini oleh Maya dan Maya juga berjaya menyampaikan lagu-lagu di dalam album beliau dengan sempurna.

Konsep bagi album ini juga kelihatan lebih ceria dan berwarna-warni dan pakej kulit album ‘Teka-Teki’ ini juga sedikit istimewa kerana ia lain dari yang lain. Album ini juga mengandungi peraduan ‘Cover Album’ di mana anda perlu berkongsi idea menarik dengan menghantar ‘Cover Album’ versi anda sendiri. Pemenang bertuah akan dipilih dan hadiah menarik menanti anda! Kalau nak tahu cara-cara untuk menyertai peraduan ini dengan lebih lanjut, ada perlu mendapatkan album ini di pasaran kerana album ini telah mula dipasarkan pada 4 Mac 2014.

Pada malam ini, busana Maya Karin ditaja oleh Diane von Furstenberg (DVF) dan make-up dan dandanan rambut pula oleh Bosco.

Album “TEKA-TEKI” oleh MAYA KARIN ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *