(HIBURAN) ERA fm RAIKAN ULANGTAHUN YANG KE 15

Spread the love

IMG_0735

Tanggal 1 Ogos  titik bersejarah buat radio yang popular dengan tagline Muzik Hit Terbaik ini! Kerana, ERA fm pada tahun ini genap berusia 15 tahun! ERA fm, salah sebuah radio yang beroperasi di bawah payung Astro Radio, mencatat sejarah kerana menjadi stesen radio swasta pertama bersiaran dalam Bahasa Malayu sejak ditubuhkan pada 2008.  Terbukti, radio yang mempersembahkan pelbagai program menarik menepati citarasa pendengar masa kini, masih lagi menjadi pilihan masyarakat Malaysia berumur 18 hingga 34,  apabila dapat mengekalkan takhta mereka sebagai stesen radio nombor satu sehingga hari ini.  Bersempena bulan yang mulia ini, pelbagai acara menarik bakal di sampaikan khas oleh keluarga serta barisan penyampai – penyampai ERA fm bagi menyemarakkan lagi lebaran pada tahun ini.

IMG_0783

Pengurus Radio ERA fm, Nazri Noran berkata;

“Selama 15 tahun ERA fm telah beroperasi, saya mewakili seluruh keluarga ERA fm ingin mengucapakan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah menyokong kami.  Terutamanya, kepada pihak media yang banyak menyokong publisiti tentang stesen radio ini secara tidak langsung menstabilkan populariti stesen radio ERA fm.  Prestasi stesen radio ini juga,  tidak akan di angkat sebagai radio No 1 Bahasa  Malayu negara tanpa pendengar setia yang  tidak bosan membuat temujanij bersama frekuensi ERA fm. Sebagai penghargaan,kami menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pihak media pada harini. Majlis yang mulia ini bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan media dengan para penyampai di samping menghebahkan tentang pelbagai program menarik yang disediakan oleh stesen ERA fm selepas ini.Bagi menyempurnakan majlis hari ini, wakil Imam muda turut dijemput mengetuai bacaan doa selamat ulangtahun ERA fm ke – 15 tahun”

ERAsmall

Penghasilan album kompilasi ERA fm dilancarkan pada hari ini sebagai simbolik  ulangtahun ERA fm yang ke 15. Album yang melibatkan kerjasama pihak Warner Music Malaysia dan Astro ini sudah pun berada di pasaran! Terdapat 15 buah lagu popular yang kerap  menduduki No 1 carta ERA fm sepanjang 15 tahun ERA fm keudara sehingga kini. Himpunan 15 buah lagu ini bertemakan ‘Kembali Ke Sekolah’ , yang pasti mengimbau kembali zaman persekolahan pasa masa lalu untuk generasi tertentu.Seterusnya, ERA fm juga ingin memperkenalkan barisan penyampai- penyampai baru mereka seperti Aril dan Nabil. Aril bakal mengendalikan slot MeleTop 40 ERA jam 8 malam hingga 12 tengah malam menggantikan segmen yang dikendalikan oleh Shac sebelum ini. Manakala, Nabil yang kini sudah pun keudara disegmen Carta ERA 40,akan terus serasi bersama segmen tersebut yang pernah dikendalikan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi sebelum ini pada hujung minggu. Sebagai tanda  penghargaan kepada penyanyi tanahair, setiap bulan ERA fm menganugerahkan Artis Terbaik ERA fm kepada penyanyi yang prestasinya cemerlang sepanjang bulan di frekuensi ERA fm. Antara artis – artis yang telah dinobatkan  sebagai Artis Terbaik  ERA fm sehingga kini seperti Hafiz, Stacy, Faizal Tahir, Misha Omar , Waris dan Forteen.

ERA album

Lagu-lagu ini dipilih berdasarkan populariti lagu-lagu tersebut dari tahun 1998 sehingga tahun 2013. Antara lagu-lagu yang telah dipilih adalah seperti berikut:

  1. Hijau – Zainal Abidin
  2. Purnama Merindu – Siti Nurhaliza
  3. Jika – Melly Goeslaw & Ari Lasso
  4. Jesnita – Exists
  5. Julia – Exists
  6. Bukan Cinta Biasa – Siti Nurhaliza
  7. Pulangkan – Misha Omar
  8. Aduh Saliha – Mawi
  9. Pencinta Wanita – Irwansyah
  10. Seribu Tahun – Imran Ajmain
  11. Farhana – Jinbara
  12. Selamat Tinggal – Dina & Zizan
  13. Situasi – Bunkface
  14. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir
  15. Untuk Dia – Sleeq & Najwa

ERA fm lakar sejarah di Bandar Bersejarah!

Stesen radio ERA fm riuhkan Melaka Ogos ini! Acara kemuncak yang ditunggu – tunggu pada tahun ini merupakan aktiviti yang praktikal dan sihat bagi menjana semangat sukan untuk semua lapisan masyarakat. Perlawanan bola sepak yang  di beri nama  Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA ini bakal di anjurkan pada hari Sabtu, 31 Ogos 2013,  bertempat di Stadium Hang Jebat, Melaka bermula jam 3 petang.

Berkongsi tarikh kemerdekaan negara, tanggal 31 Ogos,  ERA fm melakar sejarah tersendiri apabila berjaya memberi pengalaman dan kenangan manis kepada peminat radio mereka dengan dengan menggabungkan banyak pihak seperti wakil dari dunia hiburan mahupun sukan bersempena Fiesta Muzik & Bola  ERAVAGANZA. Sebagai memeriahkan lagi acara, ERA fm berbesar hati menjemput rakan – rakan  media untuk  mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak persahabatan dengan menghantar sekurang- kurangnya dua orang wakil dari setiap penerbitan.

Selain itu, orang ramai berpeluang menyaksikan  keluarga ERA fm, para artis, personaliti Astro Arena, dan tidak lupa juga pendengar setia ERA fm yang  bakal berentap di gelanggang yang penuh bersejarah! Barisan selebriti sukan yang turut beraksi seperti Santokh Singh, Soh Chin Aun, Ramli Joned ,Azlan Johar, Anuar Abu Bakar, Azmi Mahmud, Azman Adnan, Hafizal Hamad, Nazab, Asmawi dan ramai lagi mewakili pasukan ARENA ALLSTARS FC. Sebaliknya, pasukan ERA fm pula menggelarkan diri mereka sebagai ERAVENGERS FC.

Walaubagaimanpun, bersukan sahaja tidak cukup untuk melengkapkan Fiesta Muzik & Bola  ERAVAGANZA. Pada hari tersebut, ERA fm membawakan muzik – muzik terbaik secara langsung  dan percuma buat para penonton yang hadir pada hari tersebut!  Mini Konsert ERAVAGANZA menampilkan ramai artis popular dalam dan luar negara seperti Najwa Latif, Firman, Waris , Shae dan ramai lagi!  Konsert yang bakal berlangsung di sebelah malam itu bakal menanamkan bibit- bibit indah buat semua penonton yang hadir menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka secara lebih dekat. Pastikan anda meluangkan masa bersama semua penyampai kegemaran anda! Barisan penyampai ERA fm bakal membuat penampilan istimewa di Fiesta Muzik & Bola  ERAVAGANZA pada 31 Ogos 2013, jam 3 petang di Stadium Hang Jebat, Melaka. Jadi, jangan lupa sertakan diri anda dan beriadah bersama ERA fm!

kredit foto : Faisol & ERA fm


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *