Tag: era fm

(SUKAN) Perlawanan Bola Sepak Luar Biasa, 20 Ribu Penonton Banjiri Stadium Sempena ‘Perlawanan Amal Hari Malaysia’ – Pilihan Harimau Malaysia kalahkan Dugong All Stars (3-1),

acara-bergambar-selepas-penyampaian-hadiah-kepada-pemenang-untuk-kedua-dua-pasukanKUALA LUMPUR, 19 September 2016 – Sempena sambutan Hari Malaysia Jumaat lalu, Astro Radio dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menjayakan sebuah acara Perlawanan Amal Hari Malaysia yang menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan antara Pilihan Harimau Malaysia dengan Dugong All Stars. Acara yang bermula pada jam 5 petang itu, menyaksikan orang ramai mula beratur di pintu masuk stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan untuk menyakiskaan perlawanan antara Pilihan Harimau Malaysia dengan Dugong All Stars. Read more →

(SUKAN) PERLAWANAN AMAL HARI MALAYSIA – Dugong All-Stars LWN Pilihan Harimau Malaysia

Wakil-wakil dari FAM, Astro Radio, Astro Arena dan selebriti (Black)KUALA LUMPUR, 1 September – Jika kita lihat, sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia yang akan berkumpul di gerai mamak mahupun restoran-restoran untuk menyaksikan perlawanan  bola sepak tidak kira dalam mahupun luar negara. Ternyata, sukan bola sepak merupakan sukan paling popular di dunia kerana ia diminati seluruh peringkat usia. Read more →

(SEMASA) ERA fm RAIKAN HARI KOPI ANTARABANGSA BERSAMA KOPI WONDA!

wanda

KUALA LUMPUR, 29 September 2015, Selasa – Sempena Hari Kopi Antarabangsa, stesen radio ERA fm dan pihak Kopi Wonda kini bergabung menjadi WONDAERAFM dan mempersembahkan sebuah kumpulan lelaki terbaru iaitu KOPIKAT yang terdiri daripada Ori, Latte dan Mocha! Mereka juga turut menjadi tetamu jemputan bersama JoHaRa Pagi ERA harini. Read more →

(SEMASA) ERA fm dan Tropicana Twister Satukan 5 Keluarga Sempena Lebaran

11696599_10153713911327345_90017734637599832_o

Konti radio ERA sekali lagi menjadi saksi penyatuan lima buah keluarga setelah sekian lama tidak bersua. Pertemuan eksklusif yang boleh ditonton secara langsung di laman web ERA fm tersebut diadakan di dalam segmen SATE kendalian Shahrol, Dina dan Tauke. Suasana penuh emosi dan menyentuh perasaan memenuhi ruangan konti ERA fm apabila para peserta kempen Eratkan Jalinan anjuran stesen radio berkenaan dengan kerjasama Tropicana Twister ditemukan dengan ahli keluarga masing-masing. Read more →

(SEMASA) ERA fm dan Fresh & White lakar rekod baru Malaysia Book of Records dengan menakluki Gunung Kinabalu

IMG_0115 (1)

Stesen radio No.1 Malaysia yang beroperasi dibawah naungan Astro Radio bakal mencatat rekod baru dalam Malaysia Book of Records dengan menakluki Gunung Kinabalu melalui siaran radio secara langsung pada bulan ini.  Berkerjasama dengan Fresh & White, ERA fm bakal melakukan siaran secara langsung dari atas puncak Gunung Kinabalu pada 11 Disember 2014. Ini adalah kali pertama ERA fm akan bersiaran di luar studio dengan persekitaran yang amat berbeza dari yang sebelumnya secara berterusan selama 14 jam tanpa henti. Secara tidak langsung, pendakian yang bakal dilakukan oleh mereka ini memecah rekod siaran langsung radio dari kemuncak gunung itu. Siaran langsung melalui corong ERA fm ini akan menjadi suatu kelebihan buat radio ini sendiri apabila berjaya melakar sebuah sejarah baru siaran pertama tertinggi dan paling  jauh di Malaysia. Misi pendakian ini dilancarkan adalah bersempena dengan Hari Gunung Antarabangsa. Read more →