(HIBURAN) Farid Kamil dan Nora Danish bertemu kembali di dalam “ Pengantin Malam”

Spread the love

10436243_769713206383619_4765382327234880754_nGMO

Agak lama juga kedua-dua pelakon ini tidak dipasangkan semenjak filem terakhir mereka iaitu “Bencinta” yang juga filem terbitan MIG METROWEALTH.  Jika sebelum ini lakonan mereka menerusi filem “Bencinta” lebih bergenre kan romantik dan aksi, kali ini filem arahan pengarah  Eyra Rahman ini akan menguji lakonan pasangan ini dalam genre filem bercorak seram pula. Filem ke 93 terbitan MIG METROWEALTH ini mempunyai intipati dan elemen seram dan mendebarkan, masakan tidak di malam tayangan perdana di Sunway Pyramid pada tempoh hari kedengaran luahan isihati penonton yang berkata, kerusi panggung wayang terasa bergetar atau tersentak akibat tindakan refleks para penonton yang terkejut malam tersebut. Bunyinya macam kelakar, tetapi itu lah hakikatnya. Nantikan filem seram “PENGANTIN MALAM” di pawagam 19 Jun ini.

 peng mlmgmo

sinopsis

Filem Pengantin Malam mengisahkan tentang seorang isteri, Maya (Nora Danish) yang mengalami amnesia selepas kemalangan jalan raya. Sejak dari hari itu, Maya sering diganggu lembaga misteri sehinggakan suami Maya, Razif (Farid Kamil) terpaksa membawa Maya berehat di Villa keluarga Razif.

Namun gangguan itu tidak berhenti malah semakin teruk sehinggakan Maya tidak dapat mengawal perasaannya. Pelbagai ikhtiar telah dilakukan oleh Razif yang tidak percaya gangguan yang terjadi pada Maya adalah benar sehinggakan hubungan mereka semakin renggang.

Villa yang mereka diami itu juga memberi pelbagai persoalan terhadap Maya kerana cilla tersebut didiami seorang tukang kebun. Perlakuan pelik Maya mendapat reaksi yang berbeza dari tukang kebun itu malahan sikap Maya yang semakin hari semakin pelik itu membuatkan Razif mencari seorang doctor pakar untuk mengubati penyakit yang dialami Maya.

Adakah Maya terus berkelakuan pelik selepas mendapat rawatan dari doctor tersebut? Dan apakah kaitan tukang kebun dan villa yang didiami Razif dan Maya?

Klasifikasi: P13

Genre: Seram

Tarikh Tayangan: 19 Jun 2014

Bahasa: Malay

Pengedar: METROWEALTH

Pengarah: Eyra Rahman

Pelakon: Nora Danish, Farid Kamil, Nina Iskandar


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *