(HIBURAN) PEMINAT BERJOLI BERSAMA INNERSHINE® DAN BINTANG SEJOLI

KLL_6530

Bagai suatu mimpi yang menjadi kenyataan apabila 30 orang pemenang bertuah Peraduan InnerShine®Sejoli, dapat bertemu dan beramah mesra dengan bintang-bintang Sejoli kesayangan mereka – Maya Karin, Bront Palare dan Izara Aishah yang juga duta kepada produk InnerShine®, dalam sebuah majlis istimewa di Kuala Lumpur hari ini.

Sesi tersebut diadakan dengan penuh hilai tawa serta gurau senda apabila para peminat dapat bermesra dengan tiga bintang kesayangan mereka dalam suasana yang sangat selesa di samping berpeluang untuk berlakon bersama selebriti filem itu sendiri ketika sesi aktiviti “Lakonan Sebabak Sejoli”. Selain daripada itu, para peminat juga telah diuji daya ingatan mereka dengan pelbagai soalan-soalan trivia berkaitan filem romantik komedi itu.

Minuman kecantikan terkenal InnerShine® telah bekerjasama dengan filem romantik komedi yang diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Osman Ali, juga turut menampilkan pelakon terkenal yang lain seperti Remy Ishak.

KLL_6714

“Kerjasama bersama Sejoli adalah satu peluang yang cukup menarik bagi kami apatah lagi filem ini menampilkan duta kesayangan kami yang cantik jelita, Izara Aishah yang sememangnya berbakat besar walaupun di usia yang masih muda,” kata Koh Joo Siang, Naib Presiden & Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn. Bhd.  “Dengan adanya Peraduan Sejoli InnerShine® ini, kami berasa amat gembira kerana dapat memberikan peluang keemasan kepada para pengguna setia produk kami untuk bertemu dengan bintang kesayangan mereka kerana mereka amat teristimewa bagi kami,” tambah Koh.

Dengan adanya kerjasama ini, InnerShine® telah memberikan 200 pemenang bertuah sepasang pas untuk menonton filem Sejoli serta satu pek 12-botol InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu. Di samping itu, 30 pemenang utama peraduan yang terpilih juga telah diberikan pas khas untuk beramah mesra pelakon filem Sejoli, berdasarkan slogan palng kreatif yang telah dihantar bersama-sama dengan borang peraduan.

 

InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu dirumus khas untuk menyegarkan tubuh dan kulit dengan antioksidan yang tinggi, penting untuk melindungi kulit serta mempertingkatkan penghadaman dan penyahtoksin bagi memperoleh wajah yang berseri.

Menerusi kandungan serat yang begitu tinggi, pati prun istimewa InnerShine® terus dipertingkatkan dengan Camu Camu –sumber botani Vitamin C yang paling kuat – dan Maltodextrin Resistan, sejenis larutan serat pemakanan tambahan kepada serat prun bagi melancarkan sistem penghadaman dan membantu badan menyahtoksik secara semula jadi.

InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya dan farmasi di seluruh negara. Produk ini dijual pada harga RM30.50 untuk pek 42ml x 6 botol dan RM57.90 untuk pek 42ml x 12 botol.

Untuk maklumat terkini mengenai produk atau promosi, hubungi Talian Khidmat Pelanggan BRAND’S di 1-300-228-300, layari laman web www.innershine.com.my atau InnerShine Club di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *