(HIBURAN) FILEM AYAT-AYAT CINTA 2 – KISAH CINTA AGUNG 2018

KUALA LUMPUR, 8 JANUARI 2018 – Pawagam Golden Screen Cinemas di Pavilion gamat hari ini apabila dibanjiri lebih 500 tetamu jemputan Antenna Entertainments yang hadir bagi menjadi penonton terawal filem pecah panggung terbitan MD Pictures berjudul AYAT-AYAT CINTA 2.

Tayangan Perdana yang berlangsung meriah ini telah dihadiri oleh barisan media cetak dan elektronik, artis-artis ternama tanahair, ahli-ahli kenamaan negara serta tetamu diRaja iaitu Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abd. Rahman

Filem AYAT-AYAT CINTA 2 merupakan filem sekuel yang diterbitkan setelah 10 tahun filem Ayat-Ayat Cinta  dihasilkan. Filem yang diadaptasi daripada novel sensasi karya Habiburrahman El Shirazy, mengekalkan hero asal filem ini iaitu Fedi Nuril. AYAT-AYAT CINTA 2 mengisahkan Fahri Abdullah (Fedi Nuril) yang hidup keseorangan di Edinburgh bersama pembantunya Hulusi (Pandji Pragiwaksono). Fahri telah kehilangan isterinya Aisha yang menjadi sukarelawan di Gaza. Semenjak ketiadaan isterinya, Fahri hidup dalam kesedihan dan sering melakukan kesilapan yang membahayakan dirinya.

Kehidupannya menjadi semakin rumit dengan kehadiran saudara Aisha, Hulya yang menyimpan perasaan terhadap Fahri.. Mampukah Fahri teguh pada cintanya yang agung kepada Aisha atau membuka hatinya untuk menerima cinta agung yang baru? Filem cinta penuh tragis ini juga dibintangi pelakon Indonesia seperti Tatjana Saphira, Chelsea Islan dan Dewi Sandra telah diserikan juga dengan penampilan khas bintang filem tempatan, Nur Fazura dan Bront Palarae.

Filem AYAT-AYAT CINTA 2 merupakan filem arahan Guntur Soehardjanto yang sebelum ini telah merangkul pelbagai anugerah di Festival Filem Indonesia 2005 bagi filem arahannya.

Di Indonesia, filem AYAT-AYAT CINTA 2 telahpun ditonton lebih dua juta penonton sejak ditayangkan pada 21 Disember 2017 yang lalu lepaskan peluang untuk menonton sebuah kisah cinta agung AYAT-AYAT CINTA2 yang bakal bakal ditayang bermula 11 Januari 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *