(SEMASA) Pelancaran Lip Cream SONREI  Keluaran Terbaru Zinia Cosmetic  Sdn Bhd

Spread the love

Selepas mencipta kejayaan dalam dunia katering, ahli perniagaan terkenal Zarinah Haji Mohideen menubuhkan syarikat Zinia Cosmetic Sdn. Bhd. pada tahun 2017. Beliau dibantu Siti Hassmah. 34, dan Nor Asimah Abdul Salam, 25, mengendalikan syarikat tersebut.

Walaupun masih hijau dalam bidang kecantikan dan kosmetik namun ketiga-tiga wanita anggun ini yakin produk sulung mereka Sonrei lip cream bakal menambat hati pengguna tempatan dan luar negara. Menurut Zarinah, pihak syarikat melakukan R & D selama enam bulan untuk menghasilkan formulasi produk Sonrei.

“Sonrei adalah produk tempatan yang berkualiti antarabangsa, ia diformulakan di Perancis. Produk ini dihasilkan daripada bahan alam yang selamat digunakan serta tidak mempunyai kesan sampingan. Sonrei mengandungi Vitamin E, minyak jojoba, minyak castor, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan minyak kelapa.

“Kombinasi bahan ini menghasilkan produk terbaik untuk penjagaan bibir. Lip cream Sonrei tahan lama dan mesra wuduk. la mempunyai kemasan matte tetapi mudah dibersihkan oleh pengguna. Selain solekan bibir menawan dan sempurna, Sonrei juga menjaga kelembutan bibir,”ujar Zarinah yang juga merupakan Pengasas Zinia Cosmetic Sdn. Bhd. dan Ketua Pegawai Eksekutif Zarlith Events & Management Sdn. Bhd.

Bertemakan floral, lip cream Sourei mempunyai enam pilihan warna yang sesuai digunakan oleh semua tona kulit wanita Malaysia. Walaupun berkualiti antarabangsa namun produk ini dijual pada harga yang berpatutan agar semua lapisan masyarakat mampu memiliki dan merasai pengalaman indah apabila bibir dirias indah dengan lip cream Sonrei. Harga asal RM 55 namun kini pihak syarikat membuat promosi dengan harga pengenalan RM 45. Harga ini tidak termasuk kos penghantaran.

Serius dalam peniagaan yang baru diceburi, Zarinah melaburkan modal keseluruhan RM 1 juta. Beliau yakin bidang kosmetik mempunyai masa depan yang cerah. Walaupun begitu, Zarinah tidak nafikan berdepan dengan caharan menghasilkan formulasi Sonrei.

“Pihak syarikat melakukan kajian terperinci mengenai bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan produk kosmetik. Kami juga mengkaji konsep pemasaran dan pengendalian kualiti produk. Kami amat cerewet kerana mahu produk terbaik kepada masyarakat.” Ujarnya yang merancang mahu mengukuhkan lagi pasaran tempatan dan dalam masa sama menembusi pasaran di luar negara.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *