Tag: Intan Ladyana

(HIBURAN) Tayangan Perdana Filem Banglo Seksyen 12

GSC LALAPORT BUKIT BINTANG KUALA LUMPUR, 23 JANUARI 2024 – Malam Gala Tayangan Perdana Filem Banglo Seksyen 12 yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada filem tempatan diterbitkan oleh pelakon yang tidak asing lagi namanya dalam industri seni tanah air Malaysia iaitu Intan Ladyana. Beliau yang terkenal dengan lakonannya dalam filem-filem terkenal seperti Jangan Pandang Belakang dan Banglo Berkunci. Filem Banglo Seksyen 12 yang bakal menghantui peminat 25 Januari 2024 ini merupakan filem pertama terbitan Intan Ladyana. Read more →

(HIBURAN) “Adnan Sempit Sawadikap” satu kelainan

Adnan Sempit SawadikapGMO

MIG melakar sejarah buat pertama kalinya di dalam industri perfileman Malaysia apabila menjadi syarikat pertama menerbitkan filem sekuel sehingga siri ke 4. Filem “Adnan Sempit” merupakan antara lubuk terbaik penerbitan MIG yang tidak pernah mengecewakan dengan menjana kutipan yang besar setiap kali ditayangkan. Filem ini bermula dengan kejayaan kutipan RM7.6 juta untuk ‘Adnan Sempit’ , diikuti dengan sekuel ke 2 iaitu ‘Adnan Sempit 2’ yang menjana kutipan lebih cemerlang sekitar RM9.5 juta dan ‘Adnan Sempit 3 ‘ menjana kutipan bersih sekitar RM4.8 juta.  Masih mengekalkan gandingan asal antaranya seperti Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham dan Yana Shamsudin disamping penampilan istimewa bakat dari Thailand iaitu aktres, Lalisa Sontirod. Hampir 95 % proses pengambaran ini dilakukan di kotaraya Bangkok, Thailand. Read more →

(HIBURAN) Intan Ladyana & Shah Iskandar dalam ‘Jika Itu Takdirku’

Jika Itu Takdirkusmall

Drama bersiri yang ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 berjaya mencipta fenomena dengan meraih kadar tontonan mencecah 3 juta penonton dan juga hangat diperkatakan di laman sosial sepanjang siaran. Selepas ‘Ariana Rose’ yang melabuhkan tirai pada 13 Februari ini, nantikan drama bersiri terbaru yang berjudul JIKA ITU TAKDIRKU lakonan Intan Ladyana, Shah Iskandar, Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Arash Mohd, Jasmin Hamid, Azwan Kombos bermula 17 Februari 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam. Read more →

(HIBURAN) LANGKAH KANAN MIG DI TAHUN 2014

Mig2014-1

Jika disebut nama David Teo, dia amat sinonim dengan petikan pantun dalam bentuk 2 rangkap setiap kali mengakhiri ucapan setiap majlis atau malam tayangan perdana setiap filem keluaran MIG. Seorang ahli perniagaan merangkap penerbit/ketua pegawai eksekutif Metrowealth (MIG) tidak penah lokek dengan senyuman setiap kali beramah mesra dengan tetamu, rakan media dan juga peminat-peminat tegar filem keluaran syarikat MIG dan seringkali bersikap optimis terhadap cabaran dalam dunia penerbitan filem dan drama di Malaysia. Jika penerbit-penerbit lain bersikap berhati-hati dalam penerbitan atau pembuatan filem, Mejar (K) David Teo senangtiasa yakin dengan hala tuju penerbitan syarikat beliau iaitu Metrowealth (MIG). Read more →

(HIBURAN) FIRA AYUNI – MUSUH DAN DENDAM KERANA CINTA

logoFIRAAYUNI1small

Terbaru di slot Samarinda, drama bersiri 15 episod terbitan Temenggong Pictures, ‘Fira Ayuni’ bakal menemui penonton bermula 24 September 2013. Drama yang diarahkan oleh sutradara Isma Aizal Yusoff dan nukilan skrip oleh Siti Soleha Abdul Ghani ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Faralyna Idris, Azlee Khairi, Shah Iskandar, Intan Ladyana, Dato’ Eizlan Yusoff, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. Read more →