(HIBURAN) Filem “Kasut Ku Kusut”

MalamPratontonFilemKasutKuKusut16Disember201451_zps09dcaa6e

KASUT KU KUSUT menjadi filem penutup untuk tahun 2014 yang pertaruhkan genre komedi yang sentiasa diterima baik oleh penonton khususnya. Filem arahan Pierre Andre ini akan menemui penonton di pawagam pada 18 Disember 2014.

10382150_871873926167546_7879890121740029874_n

Shaheizy Sam menjadi peneraju utama filem ini yang turut bergandingan buat pertama kalinya bersama pelakon meningkat naik dari Singapura iaitu Atikah Suhaime. Turut sama membintangi filem ini adalah Epy Kodiang, Along Eyzendy, Pablo Amirul dan turut menampilkan pelakon-pelakon berpengalaman iaitu Kamarool Haji Yusoff dan juga Khatijah Tan. Lokasi utama penggambaran yang dibuat sekitar Kampar, perak ini pastinya membantu dalam memberi suntikan suasana kampung yang menjadi latar cerita.

Antara plot yang menarik dalam Kasut Ku Kusut ialah cerita ini mengenai seorang lelaki yang bernama Manap (Sam). Manap kehilangan kasut yang dia beli dengan hasil titik peluhnya. Nak dijadikan cerita si Manap ni pun pergi ke satu majlis kahwin bekas teman wanitanya. Tiba-tiba kasut yang disayangi bagai menatang minyak yang penuh tu pun hilang dengan sekelip mata. Siapa pula yang kebas ni kan? Cari punya cari si Manap terbabit pulak dalam kes penculikan Suzie (Atikah Suhaime) & ternampak penculik tersebut iaitu Marcos (Pablo Amirul) memakai kasutnya yang hilang tu. Berjaya ke Manap mendapatkan semula kasutnya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *