(HIBURAN) MENTOR LEGEND – PERSAINGAN HEBAT ANTARA LEGEND

Spread the love

DEX_4910

Persembahan protégé Amy Search, Maishara Fazny Binti Mahadzir, atau lebih dikenali sebagai Sarah telah memberi satu impak mega kepada Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral malam semalam. Melalui persembahan lagu Chandelier dari Sia dan persembahan duet bersama Amy Search dengan lagu Fantasia Bulan Madu, Sarah berjaya menarik perhatian Azmeer dan Adlin Aman Ramli selaku juri professional, juri awam, dan penonton Mentor Legend lantas meraih persembahan terbaik dengan markah keseluruhan 70/100, malam itu. Kedua-dua Mentor dan Protégé berjaya membawa pulang sebuah komputer riba berjenama HP setiap seorang.

Menurut Penerbit Mentor Legend, Encik Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam), “Persembahan ketiga-tiga protégé Mentor Legend kita pada malam ini sememangnya hebat tidak terkata. Saya tidaklah terlalu terkejut dengan persembahan mereka, kerana semenjak sesi ujibakat lagi mereka sudah menunjukkan kematangan dan identiti mereka dalam membuat persembahan. Oleh itu, mereka telah memudahkan tugas Mentor Legend kami dengan hanya perlupolish apa-apa kelemahan mereka.”

DEX_4980

Menurut Amy Search, selaku Mentor Legend yang telah meraih persembahan terbaik malam itu, “Sarah memang telah memberi komitmen yang tinggi. Dia juga bersungguh-sungguh dalam mempelajari teknik-teknik nyanyian yang pelbagai. Seperti yang telah saya katakan minggu lepas, Sarah adalah seorang yang terang hati dan mudah belajar. Oleh itu, tugas saya dalam memilih lagu yang sesuai untuknya menjadi mudah. Namun, persembahan Sarah malam ini tidaklah memenuhi harapan saya, tapi tidak juga mengecewakan. Sarah tetap hebat dan yakin terhadap persembahannya tadi.”

Tidak kurang hebat, persembahan kedua terbaik adalah gandingan Mas Idayu dan protegenya, Tuah melalui persembahan medley ‘Gelombang & Suatu Masa’. Persembahan itu telah membuktikan kemampuan Tuah yang mampu menyampaikan lagu dalam pelbagai genre. Gandingan mantap Ajai dan protégénya, Fahmie melalui lagu ‘Cinta kan Membawamu Kembali’ pula telah mendapat pujian dari Adlin Aman Ramli selaku Juri tetap, sebuah persembahan yang berjaya disampaikan dengan amat baik. Mereka berjaya membawa suasana percintaan melalui persembahan akustik berpiano mereka.

Mengekalkan format pemarkahan yang sama seperti musim-musim yang sebelumnya iaitu 30% dari undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS), 50% dari Juri Tetap, dan 20% dari Juri Awam. Para pencinta Mentor Legend boleh mengundi Protégé Mentor Legend dengan menaip MENTOR1 untuk satu undian atau MENTOR5 untuk lima undian diikuti<JARAK> <NAMA PROTÉGÉ> dan hantar ke 33399.  Setiap satu undian akan dikenakan caj sebanyak RM 0.50. Contohnya MENTOR1 AZMIL dan hantar ke 33399.

Pada hujung rancangan Mentor Legend malam itu, markah keseluruhan persembahan ketiga-tiga protégé yang diperoleh adalah seperti berikut:

PROTEGE

JURI AWAM

SMS

JURI TETAP

JUMLAH

Tuah

17

9

40

66

Sarah

16

10

44

70

Fahmie

14

11

38

63

Program Mentor Legend yang mengandungi 13 episod ini diterajui oleh penerbit eksekutif Muhamad Sufian Isa dan dibantu oleh Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) selaku penerbit. Kali ini, Mentor Legend menampilkan Awal Ashaarisebagai pengacara program, Shiha Mentor sebagai pengacara Jurnal Mentor Legend. Selain itu, Zuan Azmi (Bikin Panas) bertindak sebagai pengacara bersama sewaktu konsert mingguan untuk mendapatkan kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir dan di belakang pentas. Musim ini turut mempersembahkan Faizal Uzir (Lok U) sebagai Pengarah Muzik, Azmeer sebagai Penasihat Vokal, dan Sazlan Mat Adnan sebagai Penasihat Persembahan.

 

Ikuti konsert mingguan Mentor Legend yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam hingga 10.30 malam. Penonton juga boleh menyaksikan sorotan persediaan dan aktiviti protege bersama mentor mereka melalui Jurnal Mentor Legend, setiap hari Ahad selama 30 minit bermula jam 6.00 petang. Untuk menonton siaran ulangan setiap program Mentor Legend, boleh didapati melalui portal video tonton.com.my (www.tonton.com.my). Program ini juga mendapat sokongan Hot FM selaku radio rasmi, dan peminat setia Mentor Legend boleh mendapatkan informasi Mentor Legend melalui frekuensi radio 97.6 di sekitar Lembah Klang.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *