(HIBURAN) Filem Suami Aku Ustaz Adaptasi Novel Terlaris

Spread the love

Poster Suami Aku Ustaz

Karya Seni Production mempersembahkan sebuah filem adaptasi novel terlaris karya novelis Hannah Dhaniyah berjudul Suami Aku Ustaz yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia dan Brunei bermula 14 Mei 2015. Filem sulung terbitan Karya Seni Production diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar bersama Adi Putra menampilkan barisan pelakon popular seperti Nora Danish, Adi Putra, Izzue Islam, Jue Aziz dan Betty Rahmad.

ustaz

Buat julung-julung kalinya novel adaptasi terbitan Karya Seni diterbitkan sepenuhnya oleh Karya Seni menerusi syarikat produksinya sendiri iaitu Karya Seni Production. Sebelum ini banyak novel terbitan Karya Seni telah diadaptasi ke drama bersiri dan filem berjaya mendapat sambutan hebat sehingga mencapai rating tertinggi yang diterbitkan oleh syarikat produksi lain. Antara novel-novel tersebut ialah Love You Mr. Arrogant, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Teman Lelaki Upahan, Suamiku, En. Perfect 10!, Hati Perempuan dan banyak lagi.

Penerbit filem Suami Aku Ustaz, Dato’ Wan Mohd Muzri Ramli berkata novel dan filem Suami Aku Ustaz ini penuh dengan ilmu dan pengajaran. Sambutan terhadap novel begitu hebat sehinggakan karya novelis Hannah Dhaniyah ini  telah 14 kali dicetak dan melebihi 150,000 naskhah. “Sebagai penerbit, saya berharap agar penonton bukan sekadar terhibur, tapi dapat mengutip ilmu dan pengajaran yang cuba disampaikan menerusi filem ini. Semoga Suami Aku Ustaz akan menjadi pemangkin untuk banyak lagi filem sebegini diterbitkan. Kami sangat berpuas hati dengan hasil keseluruhan filem ini ditambah pula dengan lakonan mantap para pelakon yang dipilih untuk menjayakan filem ini.”

ustaz 1

Suami Aku Ustaz mengisahkan Alisa (Nora Danish) dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolah menengahnya iaitu Ustaz Hafiz (Adi Putra) apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji. Hanya kepada Ustaz Hafiz sahaja tanggungjawab dan kepercayaan diberi untuk menjaga Alisa sepanjang mereka di Mekah. Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikan statusnya di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri, Wati (Betty Rahmad) dan Johan (Izzue Islam). Dalam dilema dan perbezaan usia yang ketara, Alisa juga terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya.

Filem bergenre romantik ini menelan belanja kos produksi sekitar RM2 juta termasuk pembikinan dua muzik video bagi lagu tema yang dinyanyikan oleh Adi Putra bersama Zizan Razak berjudul Ustazku Rajaku dan Cintaku Kernamu nyanyian Adi Putra berduet bersama Betty Rahmad.  Kedua-dua lagu  tema tersebut ciptaan Faiz Alberto. Filem edaran Alternate Pictures ini bakal ditayangkan sekitar 70 buah pawagam Malaysia dan Brunei.

Sinopsis Suami Aku Ustaz  :

Alisa (Nora Danish) dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolah menengahnya iaitu Ustaz Hafiz (Adi Putra) apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji. Hanya kepada Ustaz Hafiz sahaja tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi untuk menjaga Alisa sepanjang mereka di Mekah. Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa  perlu menyembunyikan statusnya di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri, Wati (Betty Rahmad) dan Johan (Izzue Islam).  Dalam dilema dan perbezaan usia yang ketara, Alisa juga terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya.

Apa terjadi setelah rahsia status Alisa dengan Ustaz Hafiz terbongkar? Akan wujudkah cinta Alisa buat suaminya dan bertahankankah jodoh mereka berdua? Saksikan kesudahannya dalam Suami Aku Ustaz, filem adaptasi novel terlaris di pawagam bermula 14 Mei 2015!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *