(HIBURAN) Kisah-Kisah Seram Di Jalan Puncak Alam

Spread the love

Digital Poster Jalan Puncak Alam Design 8-01_zpsb4nwbyhc

 

Jalan Puncak Alam merupakan filem ke 5 terbitan Mangkin Prestij, di mana ia menghimpunkan beberapa kisah seram yang pernah berlaku di Jalan Puncak Alam. Menurut pengarah filem tersebut Dharma Aizat, beliau membuat garapan serta penceritaan yang penuh dengan elemen suspen yang pastinya memebri pengalaman yang berbeza berbanding filem-filem seram yang lain. Plot penceritaan filem ini berdasarkan jalan cerita yang bersesuaian untuk disampaikan kepada penonton.

Antara pelakon yang menjayakan filem Jalan Puncak Alam adalah Azwan Kombos, Epy Kodiang, Shah Rempit, Nizam Zaidi, Zakaria Zahid, Iszander Nor dan pelakon cilik Muhammad maliq Emam Ahmad. Filem Jalan Puncak Alam akan menemui penonton pada 7 Mei 2015.

SINOPSIS

Mengisahkan tentang 2 pelajar Hanif 9Niezam Zaidi) dan Azizi (Azwan Kombos) yang mengalami pengalaman pelik dan menyeramkan ketika melalui jalan Puncak Alam. Hanif da Azizi mengalami peristiwa yang tidak pernah dilaluinya sebelum ini dan mencemaskan ketika berdepan dengan makhluk yang pelik ketika melalui jalan berkenaan.

Apabila Hanif dan Azizi berjumpa, semuanya hampir selesai namun pertemuan Azizi dengan seorang pengail ikan telah membongkarkan satu perkara yang tidak diterima akal….apakah perkara tersebut ??

Klasifikasi: P13
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 7 Mei 2015
Bahasa: Malay
Pengedar: METROWEALTH
Pengarah: Dharma Aizat
Pelakon: Azwan Kombos, Epy Kodiang, Shah Rempit, Nizam Zaidi


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *