(HIBURAN) Filem ‘Suamiku, Encik Perfect 10!’

Teaser Suamiku, Encik Perfect 10 (1)-horz

Astro Shaw dan Global Station bakal menampilkan filem “Suamiku, Encik Perfect 10!” yang diarahkan oleh Feroz Kader. Filem yang menggandingkan Aaron Aziz, Lisa Surihani, Syazwan Zulkifly, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Raja Ilya, Jehan Miskin dan ramai lagi ini akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia pada 22 Januari 2015.

Sinopsis

Aleeya Azmeen (Lisa Surihani) dan Zarief Danial (Aaron Aziz) bertemu di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan pulang dari London ke Malaysia. Pertolongan ikhlas Zarief bagi meringankan beban Aleeya telah membibitkan rasa cinta di antara mereka berdua. Keegoan Aleeya menghalang cinta Zarief untuk terus berputik walaupun mereka ditakdirkan bersama. Mungkinkah kemesraan mereka akan berkekalan selamanya atau bersifat sementara?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *