(HIBURAN) FILEM TOKAN

Spread the love

Group Photo (3)editGMO

Filem TOKAN merupakan filem kedua keluaran Pensil Pictures Sdn. Bhd . Filem ini mendapat kerjasama pengedaran melalui MIG Pictures Sdn. Bhd. ini menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Zizan Razak, Johan Asari, Pekin Ibrahim, Sofi Jikan, Wan Hanafisu dan Liyana Jasmay. Filem aksi arahan Ghaz Abu Bakar akan memulakan tayangan di Malaysia pada 26 Disember 2013.

tokanSMALL
SINOPSIS FILEM TOKAN

Berita kematian Tuan Gan memeranjatkan semua tokan di Malaysia, termasuklah Tuan Kamil.Tuan Kamil, bapa kepada dua orang puteri iaitu Suri dan Wana, juga merupakan seorang Tokan terbesar di Melaka. Terdapat 7 orang lagi Tokan lain di bawah kuasanya termasuklah Mat Lobe. Mat Lobe merupakan antara Tokan yang masih muda dan paling muda di antara Tokan lain di Melaka. Mat Lobe adalah seorang yang kelakar dan suka bergurau. Suri,Wana,Yusof dan Solihin juga sering disakat dan dikacau oleh Mat Lobe. Solihin adalah salah seorang daripada Tokan di Melaka. Solihin merupakan seorang yang kreatif dalam proses pembuatan dadah. Dia banyak menghabiskan masanya di dalam makmal, memproses dan mengkaji dadah-dadah yang dihasilkan olehnya. Yusf berasal dari kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan ditawarkan bekerja dikilang milik Tuan Kamil. Setelah bekerja untuk beberapa ketika di kilang tersebut, Tuan Kamil telah menganggap Yusof seperti anaknya sendiri.Yusof telah diambil sebagai pegawai keselamatan serta pengawal peribadi Tuan Kamil. Selama khidmat Yusof bersama Tuan Kamil, Yusof tidak pernah tercedera atau dicederakan sehingga pertemuannya dengan Rano. Rano, seorang tentera dan menaraik diri dari khidmat ketenteraan kerana telah diupah oleh seseorang untuk membunuh semua Tokan di Malaysia.Di samping menjalankan misi yang diupah, Rano turut menyimpan dendam terhadap Tokan di Malaysia kerana adiknya telah ditangkap menjadi keldai dadah di Brazil.

Klasifikasi: P13

Genre: Aksi / Komedi

Tarikh Tayangan: 26 Disember 2013

Bahasa: Malay

Pengedar: METROWEALTH

Pengarah: Ghaz Abu Bakar

Pelakon: Zizan Razak, Johan Asari, Pekin Ibrahim, Sofi Jikan, Wan Hanafisu, Liyana Jasmay


Spread the love

Comments are closed.