(HIBURAN) OH MY ENGLISH! JELAJAH KE LUAR NEGARA DALAM TELEFILEM HELLO AMERICA

image002 (2)crop

Astro akan membuka tirai tahun baru 2014 dengan menampilkan sebuah lagi karya telefilem istimewa daripada siri Oh My English yang difilemkan di Amerika Syarikat berjudul ‘Oh My English! – Hello America’. Telefilem ini akan disiarkan pada 15 Januari 2013, jam 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak berdefinisi tinggi di Astro Maya HD (Saluran 135).

OME! 5

Buat pertama kalinya kumpulan produksi Oh My English! berpeluang untuk menjalani rakaman di Amerika Syarikat hasil daripada penganugerahan geran oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat dan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia. Para peminat siri ini pastinya tidak sabar menantikan segala kisah pengembaraan yang menyeronokkan apabila para pelakon OME! menjelajah ke bumi Amerika Syarikat. Di samping hiburan yang dihidangkan, para penonton akan dapat memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris mereka melalui program ini kerana ianya turut menggunakan pendekatan pembelajaran yang sama seperti di dalam siri televisyen.

Kisah Hello America kali ini bermula apabila SMK Ayer Dalam telah terpilih sebagai juara untuk pertandingan filem pendek dan mereka telah memenangi pakej lawatan ke Amerika Syarikat. Lantaran itu, pengembaraan para pelajar Kelas 3 Merah bersama guru-guru mereka pun bermula merentasi benua terus ke kota New York. Di sana mereka membuat lawatan ke sebuah sekolah menengah di Amerika, merasai pengalaman bermain sukan ragbi Amerika serta mengunjungi lokasi-lokasi terkenal seperti Times Square dan Statue of Liberty.

Namun begitu, konflik peleraian mula tercetus apabila See Yew Soon dan Jibam terpisah jauh daripada kumpulan rombongan dan mereka hanya menyedarinya apabila tiba di Washington DC. Mereka berdua hanya mempunyai beberapa jam untuk kembali ke New York dan bersatu semula bersama kumpulan rombongan kerana jika tidak, mereka mungkin akan terlepas penerbangan untuk pulang ke Malaysia. Adakah mereka akan sempat pulang pada masanya? Adakah guru-guru mereka akan dapat mencari semula pelajar yang hilang? Dapatkah mereka mengatasi konflik perbezaan bahasa dan budaya di sana tatkala kemahiran Bahasa Inggeris yang mereka pelajari diuji.

Barisan guru seperti Henry Middleton (Zain Saidin), Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah), Cikgu Malik (Aaron Aziz), Encik Mohd Salleh (Harun Salim Bachik) dan para pelajar kelas 3 Merah seperti Azlin (Izara Aishah), See Yew Soon (Roax Tan), Jibam (Akhmal Nazri), Mazlee (Zhafir Muzani) and Anusha (Kaameshaa Ravindran) akan terus tampil dalam telefilem Hello America untuk menghiburkan para penonton. Selain itu, terdapat juga penampilan daripada Nadia Aqila yang akan membawa watak sebagai kakak kepada Jibam, Kuah Jen Han sebagai rakan kumpulan rombongan serta beberapa penampilan istimewa para pelakon dari Amerika Syarikat.

Menurut Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, “Kami telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada telefilem pertama Oh My English! berjudul ‘Oh My Ganu’. Selain daripada menjadi “trending” pertama di Twitter, telefilem ini juga berjaya mencatatkan jumlah tontonan terbanyak untuk filem HD di Astro bagi tahun 2013. Para peminat setia rancangan ini yang terdiri daripada pelbagai golongan terus memberikan sokongan yang sangat luar biasa. Oleh itu, kami tampilkan pula telefilem ‘Oh My English! – Hello America’ sebagai penghargaan atas sokongan para peminat. Kami ingin membawa para peminat menyelusuri pengembaraan meneroka kota Amerika bersama para pelakon.

Saya mewakili pihak Astro ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat dan Kedutaan Amerika Syarikat di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan telefilem ini. Ia merupakan satu pengalaman berharga kerana berpeluang untuk bekerjasama dan diharapkan ini akan menjadi titik tolak untuk usaha sama di masa akan datang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja kami yang juga merupakan penaja rasmi untuk telefilem ini iaitu Vitagen di atas sokongan berterusan yang diberikan semenjak daripada siri pertama Oh My English. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan juga buat barisan pelakon Oh My English!, Lina Tan selaku penerbit dan juga tenaga kerja produksi Red Communications kerana merealisasikan telefilem Oh My English! – Hello America’”.

Tuan Yang Terutama Ambassador Joseph Y. Yun, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia berkata “Kami sangat berbangga kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan pihak Astro dan Red Communication di dalam projek ini. Ternyata kemahiran Bahasa Inggeris adalah sangat penting dalam dunia globalisasi kini. Kerajaan Amerika Syarikat begitu komited untuk memupuk pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia dan di seluruh dunia”.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton telefilem Oh My English! – Hello America! yang akan disiarkan pada 15 Januari 2013, jam 9 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak di Astro Maya HD (Saluran 135).

Layari laman rasmi Oh My English! di www.ohmyenglish.com.my untuk maklumat lanjut atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif dan kandungan-kandungan lain.

Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *