(HIBURAN) Filem Usop Wilcha “Meghonjang Makhluk Muzium”

Spread the love

FA Poster UWMMM

Mountingboard Productions Sdn. Bhd dan D Siney Production. tampil buat pertama kalinya berganding bahu mempertaruhkan filem yang berjudul Usop Wilcha “Meghonjang Makhluk Muzium” yang akan mula ditayangkan pada 3 September 2015. Filem yang bergenre Komtemporari Komedi  ini memaparkan kisah  yang berlaku dalam sebuah muzium yang menyimpan banyak khazanah dan pengetahuan yang semakin dilupai oleh masyarakat masa kini. Segala khazanah sejarah yang sepatutnya menjadi kebanggaan dan pedoman masyarakat dalam merencanakan masa depan, telah di biarkan begitu sahaja.

ucop 1

Usop Wilcha “Meghonjang Makhluk Muzium” menampilkan Usop Wilcha,   seorang pelakon yang tidak asing lagi dengan filem-filem yang berunsurkan komedi malahan lawak jenaka beliau membuatkan penonton tidak pernah kering gusi. Antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini ialah Elizabeth Tan, Nasir Bilal Khan, Namron, Hitler Zami, Along Ezzendy, Farah Dhiya dan ramai lagi. Di samping itu, dengan penampilan pelakon-pelakon yang berpengalaman seperti Pyan Habib, Kamarul Hj Yusoff, Man Kadir menambahkan lagi kelucuan dengan lawak jenaka masing-masing.

Filem ini mendapat garapan daripada pengarah tersohor  Mamat Khalid yang sudah berpengalaman jauh dalam bidang pengarahan filem terutamanya bagi filem yang bergenre komedi. Beliau yang dilihat begitu bijak menggabungkan unsur komedi  dan pengalaman dalam menghasilkan sesebuah filem . Antara filem yang arahannya mendapat tempat di hati penonton sekali gus menjadi filem BOX OFFIE iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah, Rock, Rock Ooo, Zombi Kampung Pisang dan banyak lagi.

Filem yang telah menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 2  juta telah menjalani penggambaran sekitar  (UPSI) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dan lokasi utara di Muzium pendidikan Upsi. Di samping membuat penonton terhibur dan bergelak ketawa, filem ini sudah pastinya membawa mesej yang berguna yang mana dapat diambil sebagai pengajaran kepada penonton. Apa yang baik boleh diteladani  tetapi yang kurang baik perlu dijauhi. Diharapkan filem ini mendapat tempat di hati penonton sebagai sebuah filem yang digarap secara ringan sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.

Usop Wilcha “Meghonjang Makhluk Muzium” merupakan filem edaran Pencil Pictures And Records, yang bertindak untuk  mempromosikan filem ini ke seluruh negara. Dengan kerjasama ini diharapkan dapat membuka jalan kepada filem ini supaya mendapat pendedahan yang sewajarnya kepada masyarakat umum terutamanya kepada peminat-peminat filem tempatan. Sokongan yang berterusan akan menjadi pembakar semangat kepada pihak produksi untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu demi meningkatkan  lagi industri perfileman negara kita. Jangan ketinggalan untuk menonton Usop Wilcha “Meghonjang Makhluk Muzium”  di pawagam yang berhampiran bermula pada 3 September ini “Sejarah Tidak Pernah Mati”.

ucop 2

SINOPSIS FILEM : USOP WILCHA MEGHONJANG MAKHLUK MUZIUM

Cerita ini mengisahkan  keadaan yang berlaku dalam sebuah muzium yang menyimpan banyak khazanah dan pengetahuan yang semakin dilupai oleh masyarakat masa kini. Segala khazanah sejarah yang sepatutnya menjadi kebanggaan dan pedoman masyarakat dalam merencanakan masa depan, telah di biarkan begitu sahaja.

Apabila Institusi Muzium semakin kurang sambutannya maka, pihak pengurusan Muzium telah megadakan satu pameran “Hantu-Hantu Dunia” untuk kembali menarik minat pengunjung.

Tanpa di sedari oleh pengurusan Muzium, penganjuran pameran ini mempunyai matlamat tersendiri.Melalui perancangan licik kumpulan pengamal ilmu hitam yang berasal dari Romania, penganjur Pameran ini sebenarnya ingin menghidupkan kembali Raja Dracula iaitu Vlad The Impaler. Bagi memenuhi hasrat ini maka kumpulan ini telah menganjurkan pameran ini di setiap Benua. Mengikut kepercayaan kumpulan ini, Dracula akan dapat hidup kembali dengan mendapatkan darah segar manusia dari setiap Benua. Muzium UPSI adalah lokasi terakhir yang mewakilli benua Asia.

Namun tanpa di sedari oleh penganjur, ada sesetengah pihak di sini yang dapat menghidu perancangan mereka. Mereka tidak sedar bahawa keadaan Negara Malaysia ini mempunyai keunikannya sendiri kerana patung-patung tokoh yang terdapat dalam Muzium ini hidup ketika masyarakat alpa dan leka.

Ada tiga Era tokoh dan bahan sejarah yang hidup dalam Muzium ini. Era Perak Man, Era 15 Masehi iaitu Sultan Mahmud Syah bersama dengan Bendahara baginda yang ke 6 iaitu Tun Perpatih Puteh dan hulubalang, begitu juga Era 18 Masehi iaitu Datuk Maharaja Lela, SiPutum dan pengikutnya.

Ketiga-tiga Era ini yang sentiasa tidak bersependapat dan sering berbalah ini,  menyedari perancangan Penganjuran hantu-hantu ini. Dengan membuang perasaan Ego Era masing-masing, mereka terpaksa bersatu demi menyelamatkan masa depan cucu cicit mereka. Namun mereka terpaksa mendedahkan rahsia kehidupan mereka ini demi untuk meminta pertolongan manusia zaman ini untuk turut serta. Siapakah yang mereka pilih dan apa kriteria yang mereka tetapkan untuk berkomunikasi dengan manusia zaman ini. Maka di sini kemunculan Usop Wilcha yang baru bekerja sebagai penyelengara eletrikal di Muzium itu menjadi harapan mereka.

“Sejarah Tidak Pernah Mati”, menjadi intipati jalan cerita ini bagi mengangkat kembali minat masyarakat terhadap bahan-bahan dan fakta-fakta sejarah. Melalui sentuhan Komedi, Suspen, Seram, Politiking, konspirasi dan intelektual  aka Megonjang Makhluk Muzium cuba membawa dimensi baru di dalam sudut penceritaan Filem ini.

Penulis yang juga bertindak sebagai Penerbit filem ini telah memilih sendiri barisan Pengarah, Krew dan semua Pelakon yang terlibat dalam filem ini.Ini perlu dilakukan sendiri oleh penulis kerana dalam menghasilkan cerita Sejarah dan di suntik dengan elemen komedi ini tetap menjaga ketokohan Nama-nama besar dalam sejarah bangsa kita. Berikut adalah senarai nama Pengarah dan pelakon yang terlibat dalam filem ini.

 

PELAKON

 

Usop Wilcha                             sebagai                     Usop

Nasir Bilal Khan                       sebagai                  Sultan Mahmud Syah         

Namron                                     sebagai                  Dato Maharajalela        

Pyanhabib                                 sebagai                  Perak Man         

Hitler Zami                                sebagai                  Siputum         

Along Eyzendy                          sebagai                 Tun Perpatih Putih      

Farah Dhiya                              sebagai                  Sophia (Kurator Muzium)

Man Kadir                                 sebagai                  Pak Jabit

Elizabeth Tan                           sebagai                  Tyra Vlad (penganjur Pameran)

Kamarool Hj. Yusoff               sebagai                  Comprak (Bomoh Siam)

 

 

 

SENARAI KARYAWAN

 

Penerbit                                  Usop Wilcha (Mountingboard Production S/B)

Penerbit Eksekutif                Tuan Haji Burhanudin – (Les Copaque Production S/B)

Edaran                                     Dato’ Normashayu Puteh (Pencil Pictures And Records S/B)

Penyelaras Produksi             Kefley Ismail

Pengarah                                Mamat Khalid

Pen. Pengarah (1)                 Mohd Razif Rashid

Pengarah Fotografi              Tan Teek Zee

Still Photo / TMO                 Syed Mugmi Syed Abd. Hamid

Skrip                                       Usop Wilcha

Pengarah Seni                      Wan Blues

Wardrobe                              Natasya Sheikh Zamani

Make Up                                Eds Ariffin

Koordinator                          Mohd Nazrin Dato Rahim

 

 

 

 

 

 

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *