Tag: Usop Wilcha

(HIBURAN) Filem Usop Wilcha “Meghonjang Makhluk Muzium”

FA Poster UWMMM

Mountingboard Productions Sdn. Bhd dan D Siney Production. tampil buat pertama kalinya berganding bahu mempertaruhkan filem yang berjudul Usop Wilcha “Meghonjang Makhluk Muzium” yang akan mula ditayangkan pada 3 September 2015. Filem yang bergenre Komtemporari Komedi  ini memaparkan kisah  yang berlaku dalam sebuah muzium yang menyimpan banyak khazanah dan pengetahuan yang semakin dilupai oleh masyarakat masa kini. Segala khazanah sejarah yang sepatutnya menjadi kebanggaan dan pedoman masyarakat dalam merencanakan masa depan, telah di biarkan begitu sahaja. Read more →

(HIBURAN) ‘USOP WILCHA DALAM WEREWOLF DARI BANGLADESH’

di pawagam 5 mac 2015

Selepas menghasilkan filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan, Ariabella Sdn Bhd mengambil langkah semakin besar dalam industri filem tanahair dengan Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh, yang akan menjengah pawagam seluruh Malaysia bermula 5hb Mac ini. Read more →

(HIBURAN) “Zombie Kilang Biskut” karya terbaru Mamat Khalid

Poster_zombie kilang biskut (1)cropgmo

Pengarah filem Mamat Khalid kembali dengan karya terbaru beliau “Zombi Kilang Biskut”. Sentuhan terbaru beliau ini merupakan terbitan di bawah syarikat produksi milik beliau sendiri  Enjit Semut Sdn. Bhd.  Filem yang menelan belanja sebanyak RM1.7 juta ini membariskan pelakon seperti Awie, Usop Wilcha, Shuk SYJ, Eina Azman, Adam AF, Man Kadir, Delimawati, Soffi Jikan dan Dayana Roza. Kampung Pisang di daerah Kuala Kangsar, Perak sekali lagi menjadi pilihan pengarah terkenal tersebut sebagai latar cerita dalam filem terbarunya ini. “Zombi Kilang Biskut” akan ditayangkan di pawagam pada 20 Mac di 88 lokasi pawagam seluruh Malaysia dan Brunei. Read more →

(HIBURAN) KL Zombi Serang Pawagam 29 Ogos Ini

GROUP PHOTO (1)

Resah pencinta filem tempatan berakhir apabila Grand Brilliance mengumumkan baru-baru ini bahawa filem terbaru terbitan mereka, KL Zombi akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 29 Ogos 2013. Filem yang diadaptasi dari novel Fixi karya Adib Zaini berjudul Zombijaya ini dianggap sebagai filem zombi pertama negara yang lengkap dengan tatarias dan efek yang setanding dengan taraf filem antarabangsa.  Selain menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem, Woo Ming Jin (Salon, Seru) juga mengolah skrip dan lakon layar untuk filem ini. Read more →

(HIBURAN) Filem ” Gangster Celop ” gabungan 2 produksi hebat

IMG_5319

 

“KECOH satu panggung “..itu lah pengalaman wakil kami semasa tayangan perdana filem “Gangster Celop” arahan terbaru sutradara Ahmad Idham. Filem hasil gabungan 2 produksi terulung ini iaitu SKOP Productions dan EXCELLENT Pictures bakal menjengah ke panggung berdekatan dengan anda bermula 21 Februari 2013. Filem pertama yang menampilkan bloggers wanita terkenal Hanis Zalikha bersama 2 hero terkenal iaitu Syamsul Yusof dan Kamal Adli ini bakal menghiburkan para peminat filem tempatan. Read more →