(HIBURAN) Finalis Anugerah Lawak Warna astro

Spread the love

WAN_9829

Sebanyak 15 anugerah terbaik, empat anugerah popular dan satu anugerah Khas Juri bakal menjadi rebutan dalam Anugerah Warna anjuran Astro yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 15 Ogos ini dan ianya dan akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dan serentak dengan Astro Mustika HD (saluran 134) dalam pakej Mustika.

Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro; Encik Nizam Sani berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada syarikat produksi, penerbit dan pengarah yang mengambil bahagian dengan menghantar pencalonan untuk Anugerah Lawak Warna.

“Sambutan luar biasa yang ditunjukkan menaikkan lagi moral kami dalam menganjurkan majlis yang mengiktiraf karya karya seni seumpama ini. Segala usaha yang dilakukan Astro Warna semata-mata sebagai mengiktiraf bidang komedi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bidang seni lain.

“Seperti yang dijangkakan, penjurian awal berlangsung dalam keadaan yang sangat rumit disebabkan penyertaan luar biasa yang diterima. Pun begitu, juri profesional yang dilantik ternyata telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan bijaksana dengan memilih barisan finalis yang terbaik berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Manakala bagi kategori popular pula, kesemua finalis sememangnya layak tersenarai berdasarkan usaha keras mereka selama ini,” katanya.

Gabungan anugerah terbaik yang dinilai juri profesional dan anugerah populariti berdasarkan undian peminat bakal meletakkan Anugerah Lawak Warna sebagai sebuah majlis anugerah paling berprestij dan paling ditunggu-tunggu para peminat hiburan tanahair.

Anugerah Popular yang mempertanding empat kategori iaitu Artis Lawak Lelaki Paling Popular, Artis Lawak Wanita Paling Popular, Segmen Komedia Radio Popular dan Video Viral Paling Original memberi peluang kepada para peminat untuk memilih para pemenang. Undian akan dibuka bermula 15 Julai sehingga malam Anugerah Lawak Warna, 16 Ogos itu nanti.

Pada sidang media ini juga, Astro Warna turut memperkenalkan trofi yang bakal menjadi rebutan sewaktu Anugerah Lawak Warna itu berlangsung nanti.

Menurut Nizam Sani lagi logo ALW yang terdapat pada trofi anugerah itu adalah merupakan simbol kepada engiktirafan ini.

“Lampu mentol melambangkan kualiti idea lawak-lawak yang semakin bernas dan kreatif yang terhasil daripada pemikiran kritis para pelawak. Gabungan nama ‘Anugerah Lawak Warna’ membentuk otak melambangkan pemikiran kritis dan kreatif para pelawak. Warna bentuk otak itu pula melambangkan Astro WARNA sebagai saluran komedi nombor 1 di Malaysia,” katanya lagi.

Dengan kehadiran SINAR fm sebagai radio rasmi, Anugerah Lawak Warna dijangka berlangsung dalam suasana penuh berprestij bertempat di Istana Budaya dan diacarakan oleh Dato’ AC Mizal pada 16 Ogos nanti, dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dan serentak dengan Astro Mustika HD (saluran 134) dalam pakej Mustika.

anugerah lawaksmall

Seramai 36 artis dicalonkan sebagai finalis akhir Anugerah Lawak Warna (ALW) yang bakal berlangsung pada 16 Ogos ini di Istana Budaya. Ini merangkumi 15 anugerah terbaik, empat anugerah popular dan satu anugerah Khas Juri.

 

KATEGORI TERBAIK

 

1. FILEM KOMEDI TERBAIK

 

Adnan Sempit 2

Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit

Pontianak Vs Orang Minyak

Rock oo

Istanbul Aku Datang

 

2. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM)

 

Zizan (Hantu Kapcai)

Johan (Ponti vs Orang Minyak)

Shaheizy Sam (Adnan Sempit 2)

Along (Adnan Sempit 2)

Que Haidar (Rock oo)

 

3. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM)

 

Intan Ladyana (Adnan Sempit 2)

Sharifah Amani (Ponti vs Orang Minyak)

Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)

Yana Shamsudin (Wawa Semput)

Sharifah Shahira (Ponti vs Orang Minyak)

 

4. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (TV)

 

Johan (Super Spontan)

Yus Jambu (Karoot Komedia)

Azhar Sulaiman (Keluarga Iskandar)

Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi)

Saiful Apek (Syok : Balik Balik Rempit)

 

5. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV)

 

Susan Lankaster (Keluarga Iskandar)

Scha Al Yahya (Jodoh)

Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk TV)

Norkhiriah (Mak Sanggup)

Sheila Mambo (Kampung Semarah Padi)

 

6. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BERSIRI)

 

Karoot Komedia

Syok

Maharaja Lawak Mega 2012

Kaunter Kaboom

Hot TV

 

7. SIRI TV KOMEDI TERBAIK

 

Sepahtu

Jodoh

Senario

Udin Glamor Balik Kampung

Keluarga Iskandar

 

8. SIRI KOMEDI KANAK-KANAK TV TERBAIK

 

Geng Bas Sekolah S5

Elly & Epit

Oh! My English

Kan Dah Kena S1

Super Smash

 

9. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI)

 

Warna Raya 2012

Aaron Dan Zizan Beraya Sampai Pengsan

Bimbi Dan Bonni

Kampung Semarah Padi

Bila Joyah Masuk TV

 

10. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (FILEM)

 

Adnan Sempit 2

Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit

Pontianak Vs Orang Minyak

Rock oo

Istanbul Aku Datang

 

11. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (TV)

 

Jodoh

Bimbi Dan Bonni

Cikgu Timah Tukar Sekolah

Kampung Semarah Padi

7 Dulang Asam Pedas

 

12. SKRIP KOMEDI TV TERBAIK

 

Wan Hasliza (Jodoh)

Amaz Mazilan (Cikgu Timah Tukar Sekolah)

Megat Fauzi Sukarnain (Kampung Semarah Padi)

Nazlee Jaafar (7 Dulang Asam Pedas)

Michael Ang (Bimbi Dan Bonni)

 

13. SKRIP KOMEDI FILEM TERBAIK

 

Adnan Sempit 2

Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit

Pontianak Vs Orang Minyak

Rock oo

Istanbul Aku Datang

 

14. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (TV)

 

Melissa Saila (Kampung Semarah Padi)

Azizi Chunk Adnan (7 Dulang Asam Pedas)Wan Hasliza (Jodoh)

Michael Ang (Bimbi Dan Bonni)

Azhar Khalid Apache (Cikgu Timah Tukar Sekolah)

 

15. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (FILEM)

 

Ismail Bob Hasim (Adnan Sempit 2)

Mamat Khalid (Hantu Kak Limah 2 Husin, Mon & Jin Pakai Toncit)

Afdlin Shauki (Pontianak Vs Orang Minyak)

Mamat Khalid (Rock oo)

Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)

 

KATEGORI POPULAR

 

1. ARTIS LAWAK LELAKI PALING POPULAR

 

Dato’ AC Mizal

Zizan Razak

Johan

Jep Sepah

Yus Jambu

 

2. ARTIS LAWAK WANITA PALING POPULAR

 

Jihan Raja Lawak

Norkhiriah

Sharifah Shahirah

Scha Al Yahya

Didie Alias

 

3. SEGMEN KOMEDI RADIO PALING POPULAR

 

Sketsa JoHaRa

Lagu Merapu

Sepontan ERA

Gosip Mossip Mak Jemah

Panggilan Hangit

 

4. VIDEO VIRAL ORIGINAL PALING POPULAR

Samad Maccaboy – Video Hangat di Malaysia (Parody)

megatmiqael – Gwiyomi Paling Gangster

popteevee – The Dendamers (The Avengers Parody)

EdsynEngineUp – Malaysian Lady Driver

matluthfi90 – Drama-Drama Sebelum Kahwin

 

5. ANUGERAH KHAS JURI

Akan diumumkan pada malam Anugerah Lawak Warna


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *