(HIBURAN) “Ya Maulana” cetusan hati OPICK

Spread the love

IMG_7456

Nama besar dalam industri muzik islamik Indonesia iaitu Aunur Rofiq Lil Firdaus atau lebih dikenali sebagai OPICK telah melahirkan album ke 9 beliau yang berjudul “ Ya Maulana”. Bertempat di Restoran Hadramawt, Kuala Lumpur telah berlangsungnya majlis pelancaran album tersebut yang mana pihak media telah diperdengarkan secara langsung 2 buah lagu dari album “Ya Maulana” yang dinyanyikan sendiri oleh OPICK. Beliau yang popular dengan lagu “Tombo Ati” pada sekitar tahun 2005 telah pun mempunyai 8 buah album sehingga hari ini antaranya Istighfar (2005), Semesta Bertasbih (2006), Ya Rahman (2007), Cahaya Hati (2008), Di Bawah Langit (2009), Shollu Ala Muhammad (2010), The Best Of Opick (2011) dan Salam Ya Rosulullah (2012). Mengenai album ke 9 beliau iaitu “Ya Maulana” , album yang diedarkan di Malaysia oleh InTeam Records Sdn Bhd ini mengandungi 10 buah lagu iaitu Ya Maulana, Ku Tak Pernah Layak, Berapa Jarak, Ajari Aku, Ya Robbana (feat Agus Idwar dan Harry BPM), Tenang, Tanpa Dirimu, Terima Kasih Ayah (feat Adiba Khanza Azzahra yang merupakan puteri pertama sahabat baik beliau Allahyarham Ustadz Jerfi Al Buchorie), Aku Percaya dan Ya Muhammad Ya Rosulullah. Kesemua lagu dan melodi di dalam album ini dicipta sepenuhnya oleh OPICK sendiri.

IMG_7458

KONSERT & DUET

Ditanyakan mengenai konsert solo di Malaysia, OPICK menjelaskan dia amat berkeinginan jika diberi peluang untuk mengadakan konsert solo di Malaysia. Beliau menambah, antara artis-artis yang beliau teringin untuk berkolaborasi antaranya Amy Search , Datuk Siti Nurhaliza, Noryn Aziz atau Adi Putra, tetapi untuk perancangan terdekat beliau akan berduet dengan kumpulan In-Team. Perancangan sudah ada, namun menunggu waktu yang sesuai katanya lagi.

opicksmall

KUALA LUMPUR & ALBUM

Berkenaan dengan album baru, OPICK ditanya mengapakan beliau mengambil masa yang amat singkat iaitu 7 bulan sahaja dari penghasilan album ke 8 beliau yang terdahulu? OPICK menjawab, masa yang diambil amat singkat tidak seperti yang sebelum ini iaitu, 1 album 1 tahun kerana memandangkan beliau mempunyai lagu-lagu yang telah disiapkan lebih awal dan perancangan dengan In-Team Records untuk pemasaran di Malaysia mempercepatkan proses penghasilan album ke 9 ini. OPICK juga membuka rahsia bahawa idea melodi yang dihasilkan untuk sesetengah lagu di dalam album ini menggunakan gitar kepunyaan salah seorang anggota In-Team ketika berada di Kuala Lumpur.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *