(HIBURAN) ‘Ip Man 3’ Filem Cina Mendapat Kutipan Tertinggi Dalam Sejarah Perfileman di Malaysia!

Spread the love

IMG_6498

Filem “Ip Man 3” yang dibintangi oleh Donnie Yen, Max Zhang, Lynn Xiong dan Mike Tyson diedarkan oleh Lotus Five Star bersama rakan pemasaran RAM Entertainment telah mencapai kejayaan yang besar dan kutipan yang tinggi di Malaysia. Enam bulan yang lalu, semasa penggambaran babak pertarungan di antara Donnie Yen dan Max Zhang Jin, Donnie Yen secara tidak sengaja telah mencederakan hidung Max Zhang lalu menyebabkan hidungnya berdarah. Max Zhang tidak mengadu tentang kecederaannya, sebaliknya dia mengatakan “merah” iaitu berdarah merupakan satu petanda baik bagi kutipan filem ini. Kata-katanya itu seumpama ramalan sedangkan “Ip Man 3” telah muncul sebagai filem Cina yang mencatat beberapa rekod di pasaran Malaysia termasuklah kutipan RM12 juta dalam masa 4 hari, dan juga kutipan melebihi RM22 juta dalam masa 11 hari! Kini, selepas 3 minggu, kutipan “Ip Man 3” mencecah RM28 juta di Malaysia dan secara rasminya dikenali sebagai filem Cina dengan mendapat kutipan No.1 dalam sejarah perfileman Malaysia. 

IMG_6644

Semasa lawatan promosi ‘Ip Man 3’ di Malaysia pada Disember lalu, penerbit Raymond Wong telah berjanji bahawa sekiranya kutipan “Ip Man 3” di Malaysia mencapai RM25 juta, mereka akan kembali untuk mengadakan sebuah acara keramaian. Walaupun penerbit Raymond Wong tidak dapat kembali ke Malaysia disebabkan pengaturan tugas yang telah dijadualkan, beliau diwakili oleh anak lelakinya Edmond Wong yang juga merupakan penulis skrip filem ini. Bersama-sama dengan Donnie Yen, Edmond Wong menghadiri majlis keramaian di Malaysia anjuran pengedar filem Lotus Five Star.

IMG_6556

Di majlis keramaian yang berlangsung pada 16 Jan 2016, Donnie Yen dan Edmond Wong menyampaikan sebuah trofi kepada pihak Lotus Five Star – Anugerah Pengedar Terbaik 2015 kerana berjaya mencipta rekod terbaru kepada Ip Man 3 sebagai filem Cina dengan meraih kutipan tertinggi di Malaysia.

Filem “Ip Man 3” telah menerima sokongan yang besar serta ulasan meluas dan maklum balas yang cukup baik di mana kutipan di negara-negara lain juga amat tinggi. Misalnya di Hong Kong, ia telah mencapai kutipan lebih daripada HK$50 juta.

 Ip Man 3 kini masih lagi ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh negara!

Pengedar Lotus Five Star ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak – Rakan Pemasaran RAM Entertainment, Penaja Utama Tune Talk, Rakan Promosi – Revive dan Mahkota Parade, Stesen-stesen Radio Rasmi – Myfm, Melodyfm, Hitzfm, Erafm dan Sinarfm, begitu juga dengan pihak media dan pawagam atas segala sokongan mereka.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *