Tag: Filem Cina Mendapat Kutipan Tertinggi Dalam Sejarah Perfileman di Malaysia!

(HIBURAN) ‘Ip Man 3’ Filem Cina Mendapat Kutipan Tertinggi Dalam Sejarah Perfileman di Malaysia!

IMG_6498

Filem “Ip Man 3” yang dibintangi oleh Donnie Yen, Max Zhang, Lynn Xiong dan Mike Tyson diedarkan oleh Lotus Five Star bersama rakan pemasaran RAM Entertainment telah mencapai kejayaan yang besar dan kutipan yang tinggi di Malaysia. Enam bulan yang lalu, semasa penggambaran babak pertarungan di antara Donnie Yen dan Max Zhang Jin, Donnie Yen secara tidak sengaja telah mencederakan hidung Max Zhang lalu menyebabkan hidungnya berdarah. Max Zhang tidak mengadu tentang kecederaannya, sebaliknya dia mengatakan “merah” iaitu berdarah merupakan satu petanda baik bagi kutipan filem ini. Kata-katanya itu seumpama ramalan sedangkan “Ip Man 3” telah muncul sebagai filem Cina yang mencatat beberapa rekod di pasaran Malaysia termasuklah kutipan RM12 juta dalam masa 4 hari, dan juga kutipan melebihi RM22 juta dalam masa 11 hari! Kini, selepas 3 minggu, kutipan “Ip Man 3” mencecah RM28 juta di Malaysia dan secara rasminya dikenali sebagai filem Cina dengan mendapat kutipan No.1 dalam sejarah perfileman Malaysia.  Read more →