(HIBURAN) Kejayaan Setinggi Gunung Hafiz Suip

Spread the love

IMG_5952

Hafiz Suip atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip bukanlah nama asing dalam industri muzik tempatan. Tahun 2013 menyaksikan kejayaan yang gemilang buat Hafiz apabila berjaya meraih pelbagai kejayaan diperingkat nasional dan serantau.  Bintang berusia 24 tahun kelahiran Kuching, Sarawak ini telah turut melancarkan album berjudul Hafiz Suip – Luahan Hati Anak Seni pada bulan Jun lalu.

IMG_5940

Album  ‘Hafiz Suip – Luahan Hati Anak Seni’ diterima baik peminat dan single ‘Bahagiamu Deritaku’ berjaya mendaki tangga teratas di stesen-stesen radio seluruh negara. Pengiktirafan yang diterima termasuklah kejayaan anugerah tertinggi Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke 20 dan Juara Lagu ke 28.

Di majlis kesyukuran Hafiz Suip yang telah berlangsung di KL Hilton pada 26 Februari 2014, beliau melahirkan rasa penghargaannya kepada semua pihak yang telah menyokong beliau sepanjang tempoh penglibatan di dalam bidnag seni muzik sejak tahun 2009. Majlis ini turut sama menghimpunkan barisan tulang belakang yang bergerak seiring dengan Hafiz antaranya pasukan pengurusan Astro, pengurusan Hafiz sendiri, barisan penerbit dan pengubah lagu , rakan media dan juga para peminat tegar beliau iaitu HAFIZ FC yang banyak mendorong ke arah kejayaan penyanyi tersebut.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *