(SEMASA) NESTLÉ CABAR 1 JUTA RAKYAT MALAYSIA AMALKAN KEHIDUPAN SIHAT

Spread the love

IMG_5847crop

Nestlé Malaysia hari ini mencabar rakyat Malaysia untuk mengamalkan kehidupan yang sihat melalui pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat. Dalam tempoh enam minggu, syarikat Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan itu bermatlamat untuk meyakinkan sekurang-kurangnya 1 juta warga Malaysia supaya berikrar bagi mengamalkan gaya hidup sihat.

IMG_5852

“Kami sering bercakap mengenai kesihatan negara daripada segi ekonomi dan bukan daripada segi kesihatan kita sendiri. Di Nestlé, kami percaya bahawa bagi membolehkan kita menyumbang kepada pembangunan negara, kita perlu memiliki minda dan tubuh yang sihat supaya,” kata Alois Hofbauer, Ketua Serantau Nestlé Malaysia dan Singapura, di majlis pelancaran kempen yang akan dijalankan selama enam minggu bagi mempromosikan gaya hidup sihat.

Promosi ‘Nestlé Lebih Kebaikan, Lebih Nilai’- bermatlamat bagi mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai kepentingan gaya hidup sihat, di mana pihak Nestlé berkongsi pengetahuan dan kepakaran mereka dalam pemakanan dan menawarkan produk-produk yang berkhasiat dan lazat pada nilai yang hebat. Promosi ini juga menunjukkan bahawa pemakanan secara sihat bukan sahaja menyeronokkan malah harganya juga berpatutan untuk keluarga.

Kempen selama enam minggu itu akan dijalankan bersama pameran bergerak di pasar raya-pasar raya di seluruh negara. Pameran bergerak yang menampilkan paparan dan pembentangan interaktif ini bukan sahaja akan mempamerkan produk-produk Nestlé malah turut mempromosikan tabiat pemakanan sihat melalui nasihat daripada wakil Syarikat.

“Walaupun secara amnya, rakyat Malaysia sudah sedia sedar mengenai manfaat mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, peningkatan kos sara hidup mendatangkan cabaran kepada mereka bagi mengekalkan tabiat ini, terutamanya bagi para ibu yang kebiasaannya menjaga kesihatan dan kesejahteraan seluruh ahli keluarga,” jelas Hofbauer.

“Kami mahu menggalakkan rakyat Malaysia supaya komited dalam menjalani kehidupan sihat melalui tabiat pemakanan yang sihat, dan mengingatkan mereka bahawa mereka boleh mendapatkan nutrisi yang diperlukan sepanjang hari dengan jenama-jenama Nestlé yang telah menemani mereka semasa mereka membesar dan sangat berpatutan harganya,” tambah Hofbauer.

Inisiatif ini bukan sekadar promosi bagi para pengguna sahaja, kerana objektif utamanya adalah bagi menggerakkan rakyat Malaysia mengambil anjakan dan memberi akujanji untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Bagi memulakannya, Hofbauer menemani tetamu kehormat acara itu, Y. B. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sebagai dua orang pertama yang memberi akujanji. 

“Bagi pihak Kementerian pula, kami menyokong sepenuhnya Kempen Promosi Nestlé ‘Lebih Kebaikan, Lebih Nilai’ yang dilancarkan pada hari ini.   Kempen ini  bersesuaian dengan salah satu misi dan matlamat Kementerian iaitu memantapkan institusi keluarga yang akan meningkatkan kesejahteraan sosial serta membentuk masyarakat yang sihat lagi sejahtera menerusi pemakanan sihat,” kata Y. B. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim semasa majlis pelancaran itu.

“Amalan pemakanan yang seimbang telah diamalkan di   semua institusi Kanak-Kanak yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Di mana penyediaan menu kepada kanak-kanak perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan. JKM juga bertanggungjawab memantau penyediaan menu kepada penghuni  di TASKA dan institusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) agar mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Ini adalah bagi memastikan amalan pemakanan yang seimbang sentiada diamalkan dan diberi perhatian yang serius  oleh pihak Kerajaan, NGO dan  swasta,” tambahnya.

Nestlé berharap akan mendapat sekurang-kurangnya 1 juta akujanji daripada rakyat Malaysia sepanjang tempoh kempen ini. Orang awam boleh mendaftarkan akujanji mereka dengan melayari laman web Nestlé www.nestle.com.my/PromosiLebih atau di pameran bergerak interaktif yang akan dijalankan di seluruh negara. Pihak Syarikat akan terus menyumbang kepada aktiviti-aktiviti yang mempromosikan nilai Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan.

Di peringkat global dan di Malaysia, Nestlé sentiasa menjalankan inovasi dan menambah baik produk-produknya bagi mengeluarkan makanan dan minuman yang lebih berkhasiat, bagi memenuhi keperluan para pengguna yang sentiasa meningkat dan bagi menangani isu yang berkaitan dengan penyakit tidak berjangkit. Ini dapat dilakukan melalui usaha yang disalurkan kepada bahagian Penyelidikan dan Pembangunan dan kerana Nestlé memiliki rangkaian R&D pemakanan swasta yang terbesar di dunia.

Promosi ‘Nestlé Lebih Kebaikan, Lebih Nilai’ berlangsung dari 1 Mac hingga 15 April 2014. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini dan promosi para pengguna, sila layari laman web Nestlé www.nestle.com.my/PromosiLebih atau hubungi 1-800-88-3433 dari Isnin hingga Jumaat, antara 10.00 pagi hingga 5.00 petang.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *